Friday, 8 March 2013

Filled Under:

AWAS!! PENGUNAAN PERWARNA KUKU BOLEH MEMBAWA MAUT

 Kuku yang nampak kekuningan sering dikaitkan dengan perokok. Namun, tahukah anda bahawa pewarna kuku juga mengakibatkan masalah sama sekiranya selalu dipakai?

Dr Ariel Ostad, seorang pakar kulit dari New York berpendapat bahawa wanita yang seringkali memakai pewarna kuku berwarna gelap buat masa yang lama tanpa menyapu kot asas dahulu akan mendapati kuku mereka menjadi kekuningan. Selain itu, bahan kimia seperti formaldehid yang terkandung dalam pewarna kuku turut membawa kesan sedemikian. 

Masalah kesihatan yang turut diakibatkan oleh pewarna kuku termasuklah kulat, psoriasis, penyakit paru-paru dan diabetes. 

Sebagai langkah mencegah, kurangkan memakai pewarna kuku. Sekiranya anda inginkan kuku diwarnai, gunakan warna cerah atau pastel seperti merah jambu. Pastikan anda menyapu kot asas dahulu sebagai perlindungan sebelum mewarnai kuku. 

Anda juga digalakkan untuk membuat rawatan kuku secara sendiri dengan menggunakan air suam yang dicampurkan dengan jus lemon. Untuk rawatan ini, anda perlu merendam kuku anda dalam campuran tersebut selama 10 sehingga 15 minit sebelum menyental dengan soda penaik yang berperanan memutihkan kuku.


 
By Siti Munawirah Mustaffa | Tupai




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers