Thursday 7 March 2013

Filled Under:

MENARIK!! SAMPUL SURAT TERBESAR DIDUNIA

Mahasiswa Universiti Islam Aligarh (AMU) India telah memecahkan rekod dunia. Mereka meraih anugerah Guinness Book of World Records setelah berjaya membuat sampul surat kertas terbesar di dunia.

Sampul surat Terbesar Di Dunia

Sampul surat berukuran 39 x 27 feet (12 x9 meter) ini dibuat dalam masa 10 hari oleh 24 mahassiswa dari fakulti Seni Rupa, Teknik, Arsitektur dan Undang-undang.

Seperti dilaporkan indiatimes.com pada 28 Jun 2012, sampul surat ini akan diserahkan kepada pasukan Perdamaian PBB sebagai bentuk mesej untuk keamanan dunia. Mesej tersebut ditandatangani lebih dari sepuluh ribu pemuda.

Menurut Guinness Book of World Records, sampul surat yang terbesar di dunia sebelum ini dipegang syarikat Stanley Gibbons Co. Sampul surat berukuran 32 x 23 feet (10x7 meter) itu juga dibuat oleh sekumpulan mahasiswa.SUMBER




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers