Thursday, 7 March 2013

Filled Under:

INFO!! KENAPA BILA KITA PENING KELIHATAN BINTANG?


Setiap orang ketika sedang pening , migrain, atau selepas bersin, kalau memejamkan mata seolah melihat cahaya berkelip-kelip seperti bintang. Mengapa perkara itu terjadi? Hal ini disebabkan oleh stimulasi bahagian belakang mata, atau saraf optik, yang menghantar kilatan cahaya ke otak. Di dalam bola mata terdapat gel tebal, yang berfungsi membuat bentuk bola mata menjadi bulat. Gel ini bila bergesel dengan retina akan merangsang dan mencipta gambar dalam otak..

BERPINAR -PINAR

Ketika otak mendapat mesej dari retina, akan ditafsirkan sebagai cahaya. Jadi, ada atau tidak cahaya yang masuk ke mata, tetap diterjemahkan sebagai cahaya. Percubaan yang paling mudah, cubalah memejamkan mata lalu menekan kelopal mata anda dengan tangan. Dalam gelapnya pandangan, pasti seolah melihat pancaran-pancaran cahaya seperti berjuta-juta bintang di langit..

Pada saat seseorang bersin, hal ini akan menekan bola mata itu sendiri, atau dari stimulasi saraf yang berkaitan dengan penglihatan. Setiap seseorang bersin, boleh menyemburkan udara, air dan mikroba ke udara sehingga 100 batu per jam. Keadaan ini membuat retina bergesel kuat dengan bola mata dan menimbulkan visi cahaya.

PENING
  



Demikian juga bila kita terlalu lama membongkok, atau bangun tiba-tiba semasa tidur boleh menyebabkan tekanan darah drop dan otak kekurangan oksigen. Perubahan keadaan ini menjejaskan mata dan saraf optik.

Ada juga keadaan yang disebut floaters, yakni gangguan pada gel di bola mata. Floaters hanya terjadi kerana penyakit tertentu, serta dipengaruhi oleh bertambahnya usia seseorang. Migrain serta gangguan penyakit kepala yang lain membolehkan terjadi floaters.

Akibatnya, semakin mudah mengalami visi cahaya kerana penyakit yang diderita. Orang-orang yang berumur lanjut gel pada bola matanya semakin cair, ini juga jadi penyebab floaters. Tak hairan, semakin tua kita akan semakin cepat mengalami masalah pada penglihatan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers