Monday, 4 March 2013

Filled Under:

GEMPAK!! SAINTIS SINGAPURA BERJAYA CIPTA 'HANTU'

http://zamrispoon.blogspot.com/
gambar hiasan jer,,

 Bagi anda penggemar kartun anime "Naruto", mungkin tidak asing dengan salah satu jurus memperbanyak bayangan diri dan dalam masa yang sama menyembunyikan susuk tubuh yang asal, yang seringkali digunakan Naruto ketika bertempur melawan musuh-musuhnya.. Sekumpulan penyelidik di National University of Singapore , telah berjaya membangunkan prototaip alat yang mempunyai keupayaan hampir serupa dengan jurus yang dimiliki tokoh rekaan Masashi Kishimoto itu. Setelah melakukan pelbagai penyelidikan, pasukan ini berjaya membuat prototaip alat yang mampu membuat sebuah benda menjadi tidak terlihat, dan pada masa yang sama muncul ilusi bayangan lain ( ghost illusion ) dari benda tersebut di tempat yang berbeza. Dalam uji cuba yang dilakukan, penyelidik meletakkan sebuah silinder metal berukuran kecil ditengah alat ghost illusion. Pada paparan radar, silinder metal itu tampak menjadi tiga buah objek. Satu objek berada di tengah dengan ukuran lebih kecil daripada sebenarnya. Dua objek lain berada di sisi kiri dan kanannya. "(Dengan alat ini) Kita mampu mengawal bagaimana bayangan yang muncul akan kelihatan," ujar Cheng-Wei Qiu, fizik dari National University of Singapore. Setakat ini, prototaip ini baru mampu mencipta satu bayangan penipuan dan bekerja pada pengimbas dua dimensi seperti radar. Pembangunan ke depan, disasarkan alat ini mampu mengubah bentuk dari bayangan yang tercipta. Qiu menambah, alat ini mungkin boleh bekerja pada bidang tiga dimensi yang mempunyai satu titik pusat ( concentric spheres ). Pembentukan ilusi di cahaya tampak secara teori mungkin untuk dilakukan.


http://zamrispoon.blogspot.com/

 Setiap ciri dari alat tersebut harus dikecilkan agar sesuai dengan panjang gelombang cahaya nampak yang pendek. Qiu menjelaskan, untuk boleh bekerja di panjang gelombang cahaya tampak, sekitar 600 nanometer, satu loop tembaga berdiameter 50 nanometer atau 2.000 kali lebih tipis dari rata-rata diameter rambut manusia. "Panjang gelombang bukanlah masalah utama, tapi bahan-bahan untuk membuatnya yang menjadi halangan," kata Qiu. Penemuan ini adalah penemuan yang sangat bermanfaat, khususnya bagi dunia ketenteraan.Alat ini dapat membantu pesawat-pesawat tentera mencipta penyamaran yang lebih baik. "Saat ini kami sedang bekerjasama dengan berberapa agen pertahanan untuk mengembangkan projek yang lebih besar," kata Liu kepada LiveScience , Isnin (25/02/2013). Hasil kajian ini akan diterbitkan di jurnal Advanced Functional Materials edisi mendatang.


sumber




1 comments:

Nuffnang Ads

Followers