Monday, 4 March 2013
Filled Under:
teknologi terkini
GEMPAK!! TELINGA PALSU TEKNOLOGI 3-D PERTAMA DIHASILKAN
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
NEW YORK, - Ada harapan baru bagi anak-anak yang lahir dengan microtia (kelainan pada daun telinga) atau yang kehilangan sebahagian telinganya kerana trauma, kemalangan, atau kanser. Saintis kini berjaya membuat telinga baru dengan printer. perekayasa biologi dan fizik dari Weill Cornell College berjaya membangunkan daun telinga buatan menggunakan kaedah cetak 3-D dengan penyuntikan gel ke dalam cetakan. Hasil cetakan punya ciri-ciri sama dengan telinga asli. Dr.Jason Spector, pengarah makmal Bioregenerative Medicine and Surgery dan professor bidang operasi plastik di Weill Cornell Medical College, mengatakan, telinga buatan ini adalah pilihan terbaik. Pesakit tak perlu merasakan sakit berpanjangan atau kesan pasca impantasi. Saat ini ada dua pilihan kaedah rekonstruksi daun telinga yang berkembang. Kaedah pertama, pembinaan semula dilakukan dengan meletakkan telinga buatan yang diperbuat dari bahan menyerupai styrofoam. "Sebuah masalah besar dengan implan jenis ini, ia betul-betul terekstrusi ke kedalam kulit setelah ditempelkan. Itu bisa sangat berbahaya dan menyakitkan, "kata Dr. Lawrence Bonnasar, seorang professor bidang kejuruteraan bioperubatan di Cornell yang juga terlibat penyelidikan. Sedangkan kaedah kedua, daun telinga dibuat dengan mengabil tulang rawan dari rusuk pesakit. Bahan itu kemudian dipahat menyerupai bentuk telinga. Dengan kaedah ini, Spector mengatakan, pesakit akan mengalami dua kali operasi yang panjang dan menyakitkan. Penemuan Spector dan Bonnasar ini memberikan inovasi baru bila dibandingkan dua pilihan rawatan yang berkembang sebelumnya.
Proses pembuatan daun telinga buatan pada kaedah ini menggunakan bahan gel yang boleh menjadi asas sehingga tulang rawan boleh tetap tumbuh. "Kolagen hidrogel khas yang digunakan membolehkan sel tidak hanya bertahan, tapi juga berkembang dan tumbuh di atas matriks tulang rawan," kata Spector sebagaimana dikutipDiscovery.com , kelmarin (20/02/2013). Kelebihan lain adalah proses pembuatan yang cepat. Bonnasar mengatakan hanya memerlukan masa setengah hari untuk mereka bentuk cetakan, satu hari untuk mencetak, dan setengah jam untuk menyuntik gel-hidro. Lima belas minit kemudian, telinga artifisial dapat dilepaskan dari cetakannya. Hal yang harus dilakukan selanjutnya adalah memberikan nutrisi kepada kultur sel selama beberapa hari sebelum ditempelkan. Waktu terbaik untuk meletakkan telinga hasil biorekayasa adalah pada anak-anak usia 5 atau 6 tahun, ketika ukuran kepala dan telinga mendekati 80 peratus saiz dewasa. Sebelum prosedur ini diujicobakan pada manusia, perlu dilakukan labih banyak ujian. "Kami optimis, hanya memerlukan empat atau lima tahun sebelum kita boleh melihat kaedah ini digunakan secara meluas," ujar Bonassar.
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fulamak....style la..
ReplyDeleteJom ke sini :
Mewah : Kilang Pesawat Sukhoi
Bestt : Pesawat pemadam Api Terbesar Dunia
Update : Keretapi Ferrari
Menarik : Kecantikkan Paling Menyeksakan..
Popular : Senibina Menggempar Dunia
Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
Seram : Gambar hantu tertangkap secara tidak sengaja
Confius : Tasik Garam Warna-warni
Meletup : Kapal Penumpang Terbesar Dunia
Meriah : Hotel di tengah ladang anggur
Ngeri : Telapak Tangan Putus
Dan Banyak lagi di Green Life..
Buat anak saya boleh...?
ReplyDelete