Thursday 21 March 2013

Filled Under:

NGERI !! 2 TANGAN DIGILIS LORI

gambar hiasan


Alor Gajah: Seorang kakitangan Jabatan Veterinar terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas dua tangannya digilis tayar hadapan sebuah lori membawa muatan surat khabar lama di Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Mohd Azmi Rambli, 31, menunggang motosikal Yamaha LC135 dari Solok Duku untuk pulang ke rumahnya di Kampung Paya Lebar.

Menurut Mohd Azmi, selepas melewati persimpangan lampu isyarat, dia mengekori lori satu tan itu dan memperlahankan motosikalnya selepas melihat lori berkenaan masuk ke lorong kiri.

“Saya ingatkan lori itu hendak berhenti di bahu jalan lalu mengambil keputusan memotongnya. Bagaimanapun lori itu tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ di hadapan saya.

“Berikutan itu, motosikal saya hilang kawalan lalu terbabit kemalangan dengan lori berkenaan menyebabkan saya terjatuh dan terpelanting ke hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, dia cuba bangun dan menjerit namun pemandu lori berkenaan tidak menyedari kejadian sebelum menggilis kedua-dua tangannya.

“Orang ramai yang menyedari kemalangan itu segera menghulurkan bantuan dengan membawa saya ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Saya masih terbayang bagaimana tayar lori berkenaan menggilis kedua-dua tangan namun bersyukur kerana masih terselamat dalam kejadian mengerikan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata mangsa berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


sumber;-http://www.hmetro.com.my





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers