Friday 22 March 2013

Filled Under:

PELIK!! CACING ANEH BERBENTUK ALAT KELAMIN LELAKI



MONTREAL, - Para saintis baru saja menemukan spesies cacing aneh yang bentuknya menyerupai zakar. Jenis ini takkan lagi boleh dilihat saat ini. Saintis mendedahkan  spesies terbaru tersebut berdasarkan fosil yang ditemui di Taman Negara Yoho, British Columbia, Kanada.

Spesies baru cacing tersebut dinamakan Spartobranchus tenuis. Fosil yang menjadi asas penemuan jenis baru cacing itu diketahui telah berumur 505 juta tahun. Dipercayai, cacing tersebut wujud pada zaman Cambrian.

Christopher Cameron, saintis dari University of Montreal yang menjadi anggota pasukan penyelidik, berkata, saiz spesies itu hampir sama dengan cacing tanah. "Tapi tak seperti cacing tanah yang punya segmen dari hujung ke hujung, cacing ini hanya mempunyai 3 segmen," katanya.




Bahagian tubuh cacing mirip zakar ini terdiri daripada kepala atau proboscis, segmen leher, segmen perit, dan ekor. Pada segmen paling belakang, terdapat celah insang.

Menurut Cameron, cacing ini masih berkerabat dengan cacing acorn, golongan enteropneusta. Sebelumnya, cacing golongan itu dijangka wujud pada 248-205 juta tahun lalu. Dengan penemuan ini, dianggarkan cacing itu sudah wujud 545 - 495 juta tahun lalu.

Cameron juga mengatakan bahawa penemuan cacing mirip zakar ini penting dalam melengkapi gap evolusi antara golongan enteropneusta dan pterobranchia. Enteropneusta adalah cacing yang makan dengan cara menapis makanan menggunakan celah insang, sementara pterobranchia menggunakan cilia.

Biasanya, pterobranchia-lah yang bentuknya menyerupai tabung. Dengan penemuan enteropneusta yang menyerupai tabung, gap evolusi boleh diterangkan. Spartobranchus tenuis mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua golongan cacing itu.

Saintis menduga, Spartobranchus tenuis juga mengagumkan kerana boleh menyimpan karbon, faktor penting yang mempengaruhi perubahan iklim dan keasidan laut. "Sangat mungkin Spartobranchus tenuis berperanan penting dalam memindahkan karbon di air ke sedimen," kata Cameron seperti dikutip AFP, kelmarin.




1 comments:

Nuffnang Ads

Followers