Wednesday 5 June 2013

Filled Under:

Menyorok Selepas Menghina A-GONG.


INILAH Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tempat suspek ditahan untuk siasatan.


KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita Cina berusia 32 tahun yang dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman Facebook miliknya semalam.

Kosmo! difahamkan, suspek merupakan pengurus pemasaran sebuah syarikat kosmetik antarabangsa.
Dia merupakan graduan Universiti Macquire, Australia yang pernah menuntut di Kolej INTI, Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, wanita tersebut ditahan di Taman Nirwana, Ampang, Selangor pada pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, polis turut meminta empat lagi individu iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Tangkapan tersebut dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Wanita tersebut kini disiasat di Balai Polis Dang Wangi di sini.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers