Monday, 8 July 2013

Filled Under:

Pelik ! Kebun Sayur di Bawah Tanah Hanya di Jepun


KEMAJUAN tak harus melupakan sejarah. Walaupun terkenal sebagai negara dengan kemajuan teknologi yang sangat pesat, namun Jepun tidak melupakan sektor pertanian  yang menjadi sumber penghidupan nenek moyang mereka.
Seboleh mungkin, penduduk Jepun cuba memajukan pertanian . Tentunya disesuaikan dengan keadaan terkini, sehingga pertanian  yang mereka kembangkan, begitu pesat teknologi. Di bandar besar seperti Tokyo sebagai ibukota Jepun, penduduknya masih berusaha mempertahankan sektor pertanian . Lantas, di mana mereka menanam padi dan sayur-sayuran, kalau tanah di Tokyo sudah sangat terhad kerana sudah dipenuhi oleh deretan bangunan pencakar langit yang memancarkan bandar metropolis?





 
Keterbatasantan tanah dan ruang bukan alasan untuk tidak membangunkan pertanian . Adalah memjadi kewajipan sebuah  Kumpulan yang cuba mengembangkan sawah dan kebun di ruangan bawah tanah, tepatnya di basement Gedung Nomura yang 27 tingkat di Otemachi, kawasan business district di Tokyo. Di laman Food Urbanism, disebutkan,  Kumpulan
Pasona menukar tanah seluas 3,000 m2 menjadi sawah dan kebun yang dinamakan Pasona02. Ada 100 jenis tanaman termasuk padi, buah, sayur, bunga, dan rempah yang ditanam di Pasona02.



 
Tempat yang dulunya tempat penyimpanan peti besi bank ini, diubah suai menjadi pertanian  yang subur. Padi-padi menguning denganpadi-padinya yang penuh berisi. Walaupun tidak dirancang sebagai tempat pelancongan, namun kerana keunikannya tempat ini dikunjungi banyak pelancong. Tanpa sinar matahari, padi, strawberi, tomato, dan sayur -sayuran boleh tumbuh subur.






Kerana letaknya di basement, pertanian dan perkebunan Pasona02 tak lepas dari teknologi canggih. Pelbagai alat canggih digunakan untuk memastikan padi, sayur-sayuran, dan buah-buahan tumbuh subur.


 Kerana letaknya di bawah bangunan, automatik sinar matahari tidak dapat menembusi ke dalam sawah dan kebun ini. Sebagai pengganti sinar matahari, sawah dan kebun di basement ini disinari oleh cahaya lampu seperti LED, dan high-pressure sodium vapor lamps. Semuanya dikawal oleh komputer sehingga cahaya diukur. Begitu juga dengan temperature yang diatur oleh computer, sehingga suhu mirip dengan habitat asalnya.





Sistem pertanian di Pasona02 menggunakan kaedah hidroponik yang tidak menggunakan tanah. Tanaman tidak menyerap air dari tanah, tetapi mendapatkannya terus . 


 Penggunaan pelbagai teknologi canggih itu, membuat hasil tuaian Pasona02 selalu melimpah. Hasil tuaian ini digunakan untuk bahan masakan di restoran bangunan pencakar langit tersebut. Selain jadi pembekal bahan makanan, Pasona02 dibuat untuk mendidik warga dan pengunjung tentang betapa pentingnya aspek pertanian bagi Jepun. Termasuk juga, untuk meningkatkan kreativiti bagi para petani di Jepun.sumber



 
Projek Pasona02 yang sudah dijalankan sejak tahun 2005 ini, sekaligus sebagai tempat untuk pelbagai percubaan, latihan hingga menjadi tempat destinasi pelancongan teknologi pertanian. Hingga saat ini  percubaan seperti ini sudah ada di sembilan tingkat dasar bangunan di Tokyo. Mudah-mudahan menjadi inspirasi untuk dikembangkan di Malaysia.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers