Tuesday, 20 August 2013

Filled Under:

10 Jambatan Unik Tertinggi di Dunia

10 jambatan unik tertinggi di dunia, yang berfungsi sebagai penghubung pengangkutan dan juga sebuah mahakarya pembinaan yang juga di jadikan kebanggaan negara dimana jambatan itu berada.
10.The Verrazano-NARROWS BRIDGE


Dinamakan dengan nama peneroka Itali terkenal, Giovanni da Verrazano, jambatan ini mempunyai menara setinggi 693 kaki dan mempunyai rentang pusat 4.260 kaki (1.298 m). Dibina pada tahun 1964 hingga 1981, merupakan jambatan gantung terbesar di dunia. Jambatan ini menghubungkan Brooklyn dengan Staten Island dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan kawasan Big Apple tersebut
9. LE PONT DE NORMANDIE


Jambatan ini terletak di Perancis, Panjangnya 2,800 kaki panjang, dengan tinggi 165 meter di atas permukaan air atas Sungai Siene. Kos pembinaan jambatan ini setelah siap sepenuhnya adalah 465 juta dolar
8.PENANG BRIDGE / JAMBATAN PULAU PINANG

 
Selain terkenal dengan Menara Berkembar Petronas yang tergolong dibangunan tertinggi di dunia, Malaysia juga boleh berbangga dengan Jambatan Pulau Pinang sebagai salah satu dari kehebatan bangunan struktur nasional Malaysia.

 Dianggap sebagai jambatan terpanjang ketiga di dunia, jambatan Penang berdiri 8.4 km di atas air, mempunyai empat menara di midspan berdiri 101,5 meter dan membentang 13.5 km dari Seberang Prai di daratan Malaysia sampai Gelugor di Pulau Pinang.

 Memerlukan masa sehingga 40 tahun sejak dicadangkan pembinannya sehingga siap sepenuhnya dan secara rasmi dibuka pada tahun 1985. Sekarang jambatan ini digunakan lebih daripada 70,000 orang sehari dan tetap menjadi sumber kebanggaan bagi Malaysia
7. Tatara BRIDGE


Jambatan Tatara yang terletak di Jepun ini menghubungkan pulau-pulau Jepun Honshu dan Shikoku di seberang Laut Pedalaman Seto dan dikenali kerana memiliki rentang terpanjang dari jambatan kabel lain di dunia. Mempunyai ketinggian 220 meter (sampai menara baja) dan mempunyai pusat rentang 890 meter. Jambatan mengagumkan Jepun ini dibuka pada tahun 1999. Jambatan ini dibina hanya dalam tempoh 6 tahun dengan pembinaan yang mengagumkan
6. The Golden Gate Bridge


Jambatan gantung elegan ini telah muncul dalam pelbagai novel, persembahan, dan filem-filem hollywood. Mempunyai ketinggian 227,4 meter dan menghubungkan bandar San Francisco dan Marin County. Walaupun berhadapan dengan reaksi keras dan tuntutan undang-undang, pembinaan jambatan ini selesai pada 1937. Jambatan ini merupakan kemudahan pertumbuhan ekonomi di bandar dan di kawasan sekitarnya. Senibina dan kemegahannya telah melekat dihati semua orang, tidak hanya warga setempat, Amerika, tapi semua orang di dunia.
5. THE GREAT BELT FIXED LINK


Jambatan ini adalah jambatan tertinggi Eropah dan menyambung Zealand dengan pulau-pulau Funen di great belt Denmark. Selesai dibina pada tahun 1998, mempunyai ketinggian 254 m dan terdiri dari sebuah jalan, sebuah terowong kereta api dan sebuah kotak kayu palang jambatan. Istilah "Jambatan Lingkaran Besar" biasanya tergolong ke jambatan gantung. Seperti dalam kes pembangunan jambatan utama lain nya, pembangunannya telah membuka jalan bagi usaha yang lebih baik di daerah. Jambatan ini merupakan jambatan milik Denmark dengan budjet termahal dalam sejarah, iaitu DKK 21.4 Milliar
4. NEW RIVER GORGE BRIDGE


Jambatan besar lain di Amerika adalah New river gorge bridge, berketinggian 267 meter diatas sebuah sungai (nama sungainya adalah New River) Lebih daripada 17,000 kenderaan melintasi jambatan itu setiap hari dan dianggap sebagai jambatan kenderaan tertinggi di Amerika. The New River Gorge Bridge adalah jambatan terpanjang sebelum Jambatan Millau di Perancis, jambatan ini sekarang juga dipakai untuk sukan Extreem Rappelling atau base jumping pada waktu Fayette county festival
3. AKASHI-KAIKY BRIDGE


Ketinggian nya 2983 Meter, terbentang diatas Selat Akashi dan menghubungkan bandar Kobe di pulau Honshu sehingga ke Iwaya di Pulau Awaji. Selesai dibina pada tahun 1998, ini adalah jambatan terpanjang di dunia kategori jambatan gantung, dengan rentang pusat 1,991 meter
2. ROYAL GORGE BRIDGE


Jambatan ini berketinggian 321 Meter di atas Sungai Arkansas. Yang juga merupakan jambatan tertinggi di AS, jambatan gantung tertinggi di dunia. Terletak berdekatan Canon City, Colorado, Jambatan ini selesai dibina pada tahun 1929, dengan panjang 384 meter, lebar 5 meter dan lebar bergantung dari menara yang tingginya 46 meter. Jambatan ini telah berdaftar dalam Daftar Nasional Tempat Bersejarah dan dibangunkan terutama untuk tujuan pelancongan.
1. MILLAU VIADUCT



Berada pada ketinggian 343 Meter dan dinobatkan sebagai jambatan tertinggi dunia, terletak di Perancis, jambatan ini sangat mengagumkan bahkan bila di ukur ketinggian nya hampir sedikit menyamai Empire state building, mempunyai struktur yang sangat kukuh dan mengagumkan bahkan pernah dimasukkan didalam rancangan Channel National Geographic dalam edisi "Megastructure", di rasmikan secara langsung oleh Presiden Perancis, Jacques Chirac dan telah menjadi kebanggaan bagi negara Perancis.


 .




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers