Sunday, 18 August 2013

Filled Under:

Anak-beranak Tinggal Dalam Hutan Selama 40 tahun Hampir-2 Jadi Tarzan


Lang ditemui penduduk di hutan, tengah Vietnam.
HANOI - VIETNAM,Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu.

Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam.

"Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal," menurut laporan itu kepada MailOnline.

Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja.

"Kali terakhir mereka memasuki hutan ini pada 1973. Ketika itu mereka melarikan diri selepas tentera Amerika Syarikat mengebom rumahnya hingga mengorbankan isteri dan dua anak lelaki mereka," katanya.


Ho Van Lang (baju ungu) bapanya Ho Van Thanh (berbaring di buaian) telah ditemui di dalam hutan di wilayah Quang Ngai

Ho Van Thanh di sebuah pusat kesihatan di Quang Ngai. Untuk perlindungan, orang-orang kampung membina sebuah pondok kayu.

Ho Van Lang terselamat dengan mencari makanan buah-buahan di dalam hutan dan menanam jagung.

Seorang lelaki memeriksa pakaian lang semasa beliau didalam hutan

Orang ramai  memeriksa peralatan pertanian dibuat oleh lang  pada masa mereka di dalam hutan




1 comments:

Nuffnang Ads

Followers