Sunday, 18 August 2013

Filled Under:

Pengusaha Salon Mati Ditikam Selepas Disamun

ANGGOTA polis melakukan siasatan di tempat Amy disyaki dibunuh oleh pasangan pelanggan di Nusajaya semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang pengusaha salun kecantikan ditemui mati dengan berlumuran darah di premisnya di Taman Bukit Indah di sini selepas disamun sepasang lelaki dan wanita yang menyamar sebagai pelanggan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya DSP Razak Md Said berkata dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa, 39, ditemui terbaring oleh pekerjanya dengan kesan tikaman di perut serta kelaran di pergelangan tangan dan leher.

"Mangsa berada dalam kedai itu bersama dua pekerja dan dua pelanggan sebelum suspek tiba-tiba masuk dan berjumpa dengan mangsa.

"Difahamkan selepas itu, terjadi satu pertengkaran membabitkan mangsa dan suspek yang mana ia turut didengari pekerja mangsa yang ketika itu berada dalam bilik untuk melayan pelanggan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pekerja mangsa kemudian mengesyaki sesuatu telah berlaku apabila keadaan tiba-tiba senyap dan menemui majikannya dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang depan kedai.

Siasatan awal mendapati barangan berharga mangsa seperti dua telefon bimbit, komputer riba serta wang tunai hilang dan polis kini menjalankan operasi bagi mengesan suspek, dipercayai berusia lingkungan 20-an, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers