Saturday, 3 August 2013
Filled Under:
Dunia Unik
Unik ! Escalator Terpanjang di Dunia Berada di Colombia
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
Hidup di salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia, Medellin, Colombia adalah sangat sukar. Walaupun kehidupan dibayangi oleh kemiskinan dan geng mafia, namun ada kemudahan untuk penduduk bandar.
Escalator outdoor dengan panjang mencapai 384 meter ini terletak di salah satu daerah termiskin di bandar kedua terbesar di Colombia bernama Medelin, tempat tinggal Pablo Escobar.
Escalator terpanjang di dunia ini membuat kehidupan penduduknya jauh lebih mudah, lebih menjimatkan masa untuk mendaki bukit dari 32 minit menjadi hanya 6 minit sahaja. Escalator terpanjang ini selesai dibina pada tahun 2011, sedangkan penutup bahagian atas baru saja dipasang.
Escalator dibahagikan kepada enam bahagian sehingga orang yang tinggal pada semua bahagian lereng bukit mempunyai akses mudah untuk menggunakan escalator. Diperlukan lebih dari 4 juta Euro untuk membina escalator ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gerenti the maintenance cost dia pun very high
ReplyDelete