Friday, 29 November 2013

Filled Under:

Pelik ! Mahkamah Israel Denda Wanita Kerana Anak Tidak Dikhatankan



BAITULMUQADDIS - Sebuah mahkamah agama Yahudi mendenda seorang wanita kerana dia enggan mengkhatankan bayi lelakinya.

Mahkamah itu membuat keputusan pada minggu lalu bahawa wanita tersebut perlu membayar denda hampir AS$150 (RM484.87) setiap hari sehingga anaknya dikhatankan.

Wanita tersebut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengkhatankan anaknya itu kerana tidak mahu kerosakan fizikal berlaku ke atas bayinya.

Keputusan itu adalah yang pertama kali dibuat oleh sebuah mahkamah agama di Israel.

Tidak ada undang-undang yang mewajibkan anak lelaki dikhatankan di Israel.

Bagaimanapun, ramai penduduk lelaki Yahudi yang berkhatan disebabkan amalan agama di negara itu.

Kementerian Kehakiman yang mewakili wanita itu akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut. - Kosmo






1 comments:

  1. tudiia....memang pelik..tapi depa mesti ada sebab kan

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers