Sunday 1 December 2013
Filled Under:
Dunia Unik
Jom Kenali Spesifikasi Porsche Carrera GT Yang Meragut Nyawa Pelakon Fast and Furious
Posted By:
zamri spoon
on 23:32
Pelakon Hollywood , Paul Walker , maut dalam kemalangan ngeri selepas Porsche Carrera GT merah yang ia pandu melanggar pokok hingga meletup dan dan terbakar di Santa Clarita Valley , Los Angeles , California , AS , Sabtu ( 30 / 11 ) waktu tempatan .
Seperti apa spesifikasi kereta yang ia pandu tersebut ? , Berikut ini ulasannya . Porsche Carrera GT adalah kereta sport dengan enjin di tengah yang dihasilkan oleh Porsche antara 2004-2007 di Leipzig , Jerman .
Carrera GT mempunyai enjin V10 berkapasiti 5.700cc yang mampu menghasilkan tenaga sebanyak 612 PS . Enjin tersebut dikendalikan dengan transmisi manual 6 - percepatan . Melalui sebuah pengujian rasmi , Porsche Carrera GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km / jam hanya dalam wkatu 3.5 saat dengani kelajuan maksimum 330 km / jam .
Kereta sport itu mempunyai sisi masuk besar dan empangan udara yang membantu menyejukkan enjin V10 yang besar dan dibungkus oleh tudung serat karbon . Pada Carrera GT juga disematkan spoiler sayap belakang yang automatik naik saat kelajuan lebih dari 110 km / jam .
Pada bahagian Interior , roadster cantik ini dilengkapi dengan lapisan kulit yang lembut . Sistem audio Bose dan sistem navigasi yang merupakan kelengkapan standard . Carrera GT menawarkan lima pilihan warna , iaitu Guards Red ( merah ) , Fayence Yellow ( kuning ) , Basalt Blac k ( hitam ) , GT Silver Metallic ( perak ) , dan Seal Grey ( abu - abu ) . Porsche mula menghasilkan Carrera GT pada tahun 2004 , dengan harga sebanyak 448.000 dolar Amerika Syarikat .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment