Penyelidik di universiti pertanian provinsi Guangdong , China Selatan , menyuntik DNA obor - obor untuk menghasilkan cahaya tersebut . Babi - babi itu bercahaya dalam keadaan gelap atau di bawah lampu UVA . Dr . Stefan Moisyadi juga menegaskan bahawa protein cahaya itu tidak berbahaya pada tubuh .
Babi - babi tersebut akan mempunyai jangka hidup yang panjang seperti haiwan pada umumnya . Penyelidik mendakwa bahawa tujuan utama kajian ini adalah memasukkan gen yang bermanfaat ke dalam haiwan yang lebih besar untuk membuat ubat - ubatan lebih murah dan berkesan .
" Ini hanya penanda untuk menunjukkan bahawa kita boleh mengambil gen yang awalnya tidak ada pada haiwan dan sekarang ada di dalamnya , " jelas Dr . Stefan dari University of Hawaii Institute for Biogenesis Research .
" Warna hijau ini menandakan bahawa gen asing itu boleh bekerja dengan baik . " Namun babi ini bukan haiwan pertama yang glow in the dark . Awal tahun ini Turki membuat arnab menyala dalam gelap dan sedang membangunkan pada kambing dengan kaedah yang sama dengan babi - babi di China .
0 comments:
Post a Comment