Seorang
wanita di Australia baru - baru ini memecahkan rekod dunia dalam lari
jarak jauh . Kim Allen berjaya berlari sejauh 500 kilometer selama 86
jam tanpa tidur .
Kim memasuki lumba lari yang
dianjurkan oleh sebuah badan amal bernama New Zealand Spinal Trust . Ibu
empat orang anak ini mula pada 19 Disember pukul 6 pagi waktu
tempatan di Auckland .
Hebatnya lagi , wanita berusia 47 tahun
ini walaupun tidak tidur selama 4 hari demi terus berlari . Awalnya ia
terus berlari namun di pusingan terakhir kepantasannya semakin perlahan
dan akhirnya memutuskan untuk berjalan . " Ini semua terasa seperti
tidak nyata bagiku , " kata Kim sesaat setelah tamat .
Kim
akhirnya menamatkan larian dengan kaki yang melecet dan pergelangan kaki
bengkak . Tidak hairan , ia sangat gembira dan tak percaya bahawa boleh
menyelesaikan misi ini . Kehebatan Kim ini juga mengundang perhatian orang ramai yang terus menyokongnya agar cepat menyelesaikan 500 km .
"
Kami tidak mahu memberinya alasan untuk berhenti , " ungkap Michael
Rodlife , salah satu penyokong Kim . " Sesaat sesudah tamat kita akan
merayakannya hampir selama dua jam . "
Sebelumnya rekod pelari
terpanjang diraih oleh rakyat Amerika , Pam Reed , pada 2005 yang berlari
sejauh 486 kilometer . Tahun lalu Kim pernah cuba mengalahkan Rekod
Reed namun gagal , ia hanya boleh berlari sepanjang 370 kilometer sahaja
.
Wednesday, 1 January 2014
Filled Under:
Dunia Tidak Masuk Akal
Wanita Ini Berlari Sejauh 500 KM Tanpa Tidur Selama 86 Jam.
Posted By:
zamri spoon
on 08:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment