Monday, 2 December 2013

Filled Under:

Menarik ! Bandar Terapung Yang Pertama Didunia Bakal Dibina


Freedom Ship , sebuah kapal besar sekaligus sebuah bandar terapung pertama di dunia yang boleh mengajak manusia  tinggal di dalamnya menggeliling dunia . Bandar terapung ini belum dibina , tetapi para pereka telah mengeluarkan foto - foto yang dihasilkan komputer dan berharap boleh mewujudkannya .


 Seperti laporan Daily Mail , bandar terapung ini mampu menampung 50 ribu penduduk tetap dengan 25 tahap yang dimilikinya . Selain itu , bandar ini juga dilengkapi dengan  sekolah , hospital , galeri seni , kedai - kedai , taman , akuarium dan kasino Bahkan mempunyai lapangan terbang sendiri yang terletak di bumbung kapal besar ini . " Freedom Ship akan menjadi kapal terbesar yang pernah dicipta , sekaligus sebuah bandar terapung pertama di dunia , " kata Roger M Gooch , pengarah dan wakil presiden syarikat yang berpusat di Florida , Freedom Ship International .

 Untuk memulakan pembinaan dirancang akan memakan kos hingga US $ 6 bilion dan memerlukan masa bertahun - tahun untuk mula belayar di lautan . Freedom Ship itu sendiri direka untuk bersiar - siar menggelilingi dunia . Jika Freedom Ship sudah jadi , kapal besar ini akan mempunyai tinggi hinga 106 meter dan panjang 1.3 km .

 Tenaga yang digunakan untuk menggerakan kapal ini iaitu berasal dari tenaga gelombang laut dan tenaga solar . Laluan pelayaran kapal ini bermula dari Afrika ke Australia , kemudian ke Asia Timur dan melintasi Pasifik dan berakhir di pantai Amerika Utara .











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers