Saturday 14 December 2013

Filled Under:

Wanita Hodoh Terima Wajah Baharu

KEADAAN muka Joanna sebelum dibedah.
 Warsaw : Seorang wanita Poland yang cacat mukanya kerana ketumbuhan besar mendapat wajah baru minggu lalu .

Wanita yang hanya dikenali sebagai Joanna itu mendapat wajah baru selepas menjalani transplan muka , yang kedua di negara itu .

Sebelum pembedahan , Joanna berdepan kesukaran untuk mengunyah dan menelan makanan mahupun bercakap .

Pakar bedah Dr Adam Maciejewski yang mengetuai pembedahan selama 23 jam itu berkata , dia berharap 80 peratus transplan kulit pada wajah pesakit akan pulih dan berfungsi kembali .


WAJAH Joanna selepas menjalani transplan muka.

Joanna mengalami kecacatan akibat Neurofibromatosis - keadaan genetik yang menyebabkan ketumbuhan tidak mengancam nyawa tumbuh di sepanjang sarafnya .


Keadaan itu juga menyebabkan masalah tulang , tekanan terhadap saraf spina , kesakitan , kecacatan pembelajaran dan penglihatan serta pendengaran . Tiada rawatan boleh memulihkan keadaan itu .

Walaupun kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu yang diwarisi daripada ibu atau bapa , 50 peratus memperolehnya secara rawak daripada mutasi gen sebelum dilahirkan .

Joanna kini dalam keadaan serius tetapi stabil selepas pembedahan di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice , Poland .

Pada Mei lalu , Maciejewski dan rakan sekerjanya menjalankan transplan muka pertama di Poland terhadap seorang lelaki yang koyak wajahnya akibat terkena mesin pemotong batu . Keadaannya dikatakan semakin pulih .

Pembedahan dijalani lelaki itu mengambil masa 27 jam dan dilakukan seminggu selepas dia terbabit dalam nahas berkenaan .sumber:mymetro




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers