Wednesday, 22 January 2014

Filled Under:

Misteri Api Abadi Tidak Pernah Terpadam Sejak 4,000 Tahun Lalu.


Fenomena alam memang kadang tidak boleh diterima oleh akal manusia . Tuhan mencipta sesuatu tanpa boleh kita duga sebelumnya . Salah satu fenomena alam yang mungkin pernah anda dengar adalah tentang api abadi .

Disiarkan dari amusingplanet.com , adalah Baba Gurgur sebuah lombong  minyak yang besar  dekat bandar Kirkuk . Lombong yang pertama kali ditemui di Iraq Utara pada tahun 1927 ini mempunyai api abadi . Api abadi yang terletak di tengah ladang ini dipercayai telah ada sejak 4000 tahun yang lalu .

Cerita tentang Baba Gurgur ini dipercayai sudah ada dalam Kitab Suci . Api ajaib ini dipercayai digunakan untuk menghangatkan binatang   ternakan  pada musim sejuk pada zaman dulu kala . Selain itu , banyak orang datang memuja api abadi ini jika mereka ingin mempunyai anak lelaki .

Api yang seakan tidak  pernah padam  ini berada di dekat dengan  telaga yang mengandungi lumpur . Telaga ini ditutup dengan sampah yang terkumpul dan mengandungi banyak sulfur . Beberapa ratus meter ke Timur dari telaga ini ada 100 lubang atau bahkan lebih . Lubang - lubang yang ditemui ini mempunyai diameter 50 meter . Api ini dijumpai oleh penduduk Iraq, dari mana asalnya asap yang setiap hari muncul . Setelah dicari tahu , ternyata dalam salah satu lubang ini dijumpai api yang terus menyala walaupun disiram air .








0 comments:

Post a comment

Nuffnang Ads

Followers