Friday, 14 February 2014

Filled Under:

Aksi Bahaya Memandu Kereta Melintasi Sungai Membeku.


Banyak perkara boleh dilakukan untuk menjimatkan wang . Salah satunya dengan mengelakkan tol seperti yang dilakukan orang di China ini . Namun ia mengambil risiko bahaya dengan memandu di atas sungai yang membeku .

Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan lain saat melintas di atas Sungai Kuning di Ordos . Dari atas kelihatan sebuah kereta meluncur laju di lapisan ais sungai yang membeku . Tentunya hal itu membuat aksi ngeri kerana lapisan ais mudah retak dan kereta tersebut akan tenggelam ke dalam air bersuhu beku .

Menurut keteranganyang melihat , kereta  itu nekad   melintasi sungai selebar 1 km dalam masa
10 minit  Awalnya kereta berwarna silver tersebut kelihatan ragu - ragu namun semakin yakin ketika sudah di tengah perjalanan . Ia nekad menyeberangi sungai agar tidak perlu melalui tol dengan bayaran 5-10 Yuan .

" Aku risau hanya dengan melihat fotonya , " komen seorang netter . " Kalau itu dilakukan di eropah nanti bakal kena saman   kerana memandu di sungai '  " Apakah dia mabuk ? "

Jalan raya terdekat dari sungai itu adalah tol Jingsang yang melewati bandar Ordos yang kosong . Sungai Kuning mempunyai  5.464 km panjang yang melintasi 9 wilayah dan dua daerah autonomi , berkesudahan di Laut Bohai di wilayah Shandong . Dinamakan Sungai Kuning kerana dalam sejarahnya mempunyai lumpur yang mengandungi mineral emas .








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers