Friday, 14 February 2014

Filled Under:

Penganut Agama Songsang Di Afrika Makan Rumput Demi Dekat Dengan Tuhan


Pretoria: Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya ‘mendekati Tuhan’ - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan.

Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini.


Media  melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama, tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu.

Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel “gila” apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook
.

 
Berdasarkan gambar itu, ada antara pengikutnya dilihat menahan sakit ketika dipijak.


Sebelum ini, Daniel pernah mengarahkan pengikutnya melelapkan mata ketika dia cuba memulihkan seorang wanita yang menghadapi kehamilan ‘syaitan.’

Sambil mempertahankan tindakan paderi itu, pengikutnya menjelaskan kepada media mengapa mereka mentaati arahannya.

Pelajar undang-undang, Rosemary Phetha, 21, berkata mereka rela memakan rumput kerana ia menunjukkan - dengan kuasa Tuhan - apa saja boleh dilakukan.

“Memakan rumput menyembuhkan sakit tekak yang saya hidapi sejak lebih setahun,” katanya.

Pengakuannya itu turut disokong Doreen Kgatle, 27, dari Garankuwa.

“Saya tidak boleh berjalan tetapi selepas memakan rumput seperti diarahkan, saya mula mendapat kekuatan dan sejam kemudian, saya boleh berjalan semula,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook Melvin Jeddy Bowtie berkata, dia melihat banyak perkara tidak masuk akal dilakukan paderi itu dan ia tidak lucu.

“Daniel sudah menukar pengikutnya menjadi kambing,” katanya dalam satu kenyataan.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers