Friday, 14 February 2014

Filled Under:

Keunikan Pulau Okunoshima di Jepun Penduduknya Dipenuhi Oleh Arnab.


Siapa yang geram melihat haiwan bertelinga panjang dengan bulu tebal ini ? Ya , arnab memang salah satu haiwan ramah yang banyak dipelihara oleh manusia . Kerana kelucuannya , haiwan ini juga menjadi kegemaran kanak - kanak . Bagi anda penggemar arnab , anda tidak boleh terlepas tempat yang pasti anda suka ini iaitu Pulau Arnab .

Pulau Arnab ini berada di Okunoshima , Jepun . Pulau Okunoshima terletak di antara Hiroshima dan Shikoku yang merupakan tempat rahsia untuk pembuatan senjata kimia selepas Perang Dunia II . Apabila kilang - kilang ditutup , sejumlah arnab liar kelihatan berkeliaran di pulau itu . Khabarnya arnab-arnab ini merupakan arnab projek ujian senjata kimia yang gagal dibanteras apabila kilang dimusnahkan .

Sekarang , arnab berbulu ini merupakan penghuni utama pulai ini . Penduduk mereka telah berkembang menjadi lebih dari 300 ekor dan akan terus bertambah . Dewan pelancongan melarang kucing , anjing atau pemangsa - pemangsa lain masuk ke dalam pulau seluas 700,000 meter persegi ini . Mereka boleh didapati di setiap sudut pulau dan sangat ramah terhadap pengunjung . Bahkan , anda boleh memberi makan mereka dengan membeli makanan khas yang disediakan oleh sebuah resort hotel di pulau tersebut .

Walaupun beberapa orang meragukan tentang kebersihan dan bahaya kesihatan dari pulau yang dulunya dianggap penuh dengan racun ini , ternyata arus pelancong tidak pernah berhenti melawat tempat ini .






Jom saksikan Video berikut:




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers