Kemampuan menari atau nge-dance ternyata bukan hanya dimiliki oleh manusia mahupun haiwan. Benda mati pun boleh menari juga, tentunya dengan dikendalikan oleh mesin. Di daerah NEMAHA, Lowa, Amerika Syarikat ada suatu perayaan menarik iaitu traktor menari. Perayaan yang cukup unik dinamakan dengan "Tractor Square Dancing".
Perayaan ini bermula sejak tahun 1953 oleh sebuah kempen iklan yang dilaksanakan oleh pengeluar traktor antarabangsa, Harvester. Iklan tersebut bertujuan untuk mempamerkan kelajuan dari traktor mereka, Farmall Super C. Perayaan menari ini memaparkan 8 pengendara traktor dalam sebuah lingkaran besar.
Menariknya, beberapa penunggang ini berpakaian seperti perempuan dengan pakaian yang berwarna-warni. Selepas itu mereka akan melakukan pelbagai tarikan dengan traktor mereka mengikuti aluran muzik seperti berputar-putar atau membentuk formasi melintang lalu mengelilingi padang sperti sebuah jam.
Salah satu kumpulan traktor menari yang terkenal adalah Farmall Promenade. Kebanyakan mereka semua datang dari usia pertengahan 40-60 dan bekerja sebagai petani. "Kita semua dari NEMAHA, Lowa dan kita punya pekerjaan , percaya atau tidak," kata mereka. Farmall Promenade mula dikenali wujud menari sejak tahun 1999. Sejak saat itu mereka menjadi ikon traktor menari di Amerika Syarikat. Namun malangnya mereka berpecah pada 2009.
Meskipun begitu beberapa penggiat perayaan traktor menari mula mencari bakat muda untuk dilatih memandu traktor demi mempertahankan perayaan seni tersebut. "Kami mencari orang-orang yang tidak mempunyai traktor dan tidak tahu cara menggunakannya," kata George Frymower, salah satu penyelanggara perayaan traktor menari.
0 comments:
Post a Comment