Saturday, 21 October 2017

Filled Under:

Jalan Paling Merbahaya di Amerika Syarikat



Terletak di et-west street, San Francisco-California - adalah Lombard Street - jalan paling berliku dan paling terkenal di Amerika Syarikat. Keunikan Lombard Street terletak pada bentuknya yang mempunyai 8 buah kelokan tajam, dengan bentuk keluk yang benar-benar sama, dan menyambung Hyde dan Leavenworth Street. Sebenarnya, jalan yang tidak terlalu lebar ini pada asalnya adalah sebuah tebing yang sangat curam dan berbahaya untuk dilalui kenderaan. Oleh sebab itu seorang pengusaha hartanah bernama Mr. Carl Henry, mempunyai idea untuk membuat sebuah jalanan yang boleh mengurangkan cerun tebing hingga 27%.

Pada tahun 1922 Lombard Street akhirnya dirasmikan menjadi jalan umum, dengan cerun 16 darjah, dan 8 selekoh yang masing-masing sepanjang 400 meter. Lombard Street adalah salah satu daya tarik San Francisco yang paling terkenal dan tempat yang paling banyak diambil gambar selepas jambatan Golden Gate.

Memandangkan condong, setiap kenderaan yang mahu lalui hanya dibenarkan melintas dengan kelajuan 5 batu / jam (8.0 km / jam), untuk mengelakkan kemalangan. Tetapi selain kecuramannya, ternyata jalanan ini memang jadi salah satu kawasan tumpuan yang didatangi para pelancong, kerana pemandangannya yang memukau dari bawah mahupun dari atas, dan kita pun juga boleh menikmati deretan mansion bergaya Victorian. Apalagi jika musim bunga dan musim panas tiba, Lombard Street penuh dengan warna-warni bunga yang memukau. Kerana keunikannya, beberapa filem juga berminat menjadikan Lombard Street sebagai setting filem mereka, antara lain film Vertigo (1958), What 's Up Doc (1972), Magnum Force (1973), beberapa video klip, hingga muncul di video games.















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers