Sunday, 1 October 2017

Filled Under:

Menyamai Saiz Wajah Manusia



Sepasukan saintis menemui spesies labah-labah laut gergasi sebesar 25 sentimeter atau menyamai saiz wajah manusia baru-baru ini.

Haiwan marin yang dinamakan sebagai pycnogonids itu ditemui hidup di Lautan Artik dan Lautan Antartik. Spesies itu mempunyai lapan kaki panjang dengan mulut dilengkapi belalai.

Labah-labah laut biasanya mempunyai saiz yang kecil tetapi semakin membesar akibat daripada fenomena yang dikenali sebagai gigantisme kutub.




Saintis masih tidak dapat mengenal pasti punca berlakunya fenomena tersebut yang turut memberi kesan kepada beberapa hidupan laut lain.

Namun, pasukan saintis dari Yayasan Sains Kebangsaan, Program Antartik Amerika Syarikat, Universiti Hawaii dan Universiti Montana membuat hipotesis bahawa perubahan saiz secara mendadak itu disebabkan oleh kepekatan oksigen yang lebih tinggi dalam air laut sejuk. – Agensi.Jom saksikan video berikut ini:








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers