Friday, 20 October 2017
Filled Under:
unik dan pelik
Seakan Terbakar Jika Terkena Sinaran Matahari.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Sebuah kampung di Sao Paulo , Brazil , mempunyai penduduk unik . Kampung bernama Araras tersebut menjadi komuniti terbesar di dunia pesakit gangguan kulit yang jarang berlaku , xeroderma pigmentosum ( XP ) . Gangguan itu menyebabkan alergi terhadap sinar matahari .
Araras mempunyai jumlah pesakit XP hingga 20 orang diantara 800 jumlah penghuni kampung , yang ertinya ada satu pesakit diantara 40 orang . Perbandingan jumlah tersebut lebih tinggi dari Amerika Syarikat yang satu berbanding satu juta penduduk . Tingginya angka itu juga disebabkan kerana beberapa pesakit menurunkan penyakitnya pada anak mereka .
Orang yang menderita XP terdedah terkena kanser kulit dan tidak boleh menyembuhkan diri dari luka yang disebabkan sinar matahari . Kulit mereka akan kemerahan , kasar dan tidak elok dipandang mata kerana sensitif terhadap sinar UV . Penyakit ini semakin sukar dielakkan kerana Brazil merupakan negara tropika dengan sinaran matahari yang terik .
Salah satunya adalah Djalma Antonio Jardim sudah menderita XP selama bertahun - tahun . Kerana pekerjaannya di ladang yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari membuat penyakitnya makin buruk hingga memakan kulit bibir , hidung , pipi dan matanya . Kini berusia 38 tahun , Jardim pertama menyedari gejala di usia 9 tahun namun kurangnya pengetahuan akan XP membuatnya tidak mendapat pengendalian sejak awal .
Penduduk di Araras memang terlambat mendapat penyuluhan tentang XP yang juga mempengaruhi fungsi organ tubuh lain . Lalu seorang guru , Gleice Francisca Machado , di sana akhirnya mempelajari tentang XP dan mendidik para warga terutama pencegahan di usia awal . Syukurlah , kini penduduk Araras sudah lebih memahami tentang XP dan mula melakukan tindakan preventif .
Kini para penduduk sudah memasang penghalang cahaya matahari , memakai lengan panjang dan membuat perjalanan saat malam berbanding siang . " Matahari adalah musuh besar kami dan membuat kami beralih dari pagi ke malam untuk bekerja demi hidup lebih lama , " ucap Gleice .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment