1. Strong Russian Commitment - Tallin, Estonia
Sebuah jambatan yang nampak biasa, namun terkenal punya sejarah unik, ada di Estonia. Jambatan ini kelihatan biasa, namun bila melihat dari sejarahnya, akan membuat kita bertanya-tanya. Rupanya ada sebuah tradisi unik di Estonia.Bagi pasangan di sana yang berkahwin, para pengantin perlu membeli mangga dan menuliskan nama mereka di atasnya. Kemudian mangga itu akan dikunci di pinggir jambatan dan kuncinya dibuang ke aliran sungai. Dengan demikian, kisah cinta mereka akan terikat selamanya.
2. Unbreakable Bonds - Florence, Itali
Jambatan lain yang tak kalah romantis terletak di Itali. Jambatan ini memang memberikan pemandangan indah bagi pasangan yang melawati jambatan itu. Dan di tempat itulah banyak pasangan mengikat janji dan cinta mereka dengan mangga di pinggir jambatan. Wah, bayangkan romantisnya mengikat tali kasih dengan pemandangan yang amat besar ala Itali yang romantis.
3. All Red, All Heart - Penglai Shandong, China
Ehh!! lucunya bentuk hati berwarna merah ini. Rupanya ini adalah mangga cinta yang dipasang di pinggir jambatan cinta di Penglai. Bukan hanya penduduk tempatan, namun juga pelancong. Menurut tradisi China, saat pasangan berkahwin, mereka akan memasang mangga di rantai jambatan dan membuang kuncinya ke sungai sebagai lambang keabadian cinta.
4. Jambatan Tumski di Wroclaw Poland
Ini merupakan jambatan yang dibina pada tahun 1889 untuk menyambung dua kota. Namun ternyata jambatan ini juga boleh menjadi tempat untuk menyambung dan mengunci dua hati yang bertaut. Bagi siapa saja yang melaluinya, akan merasa bahagia melihat mangga-mangga penuh makna lambang cinta sejati dan abadi bertaup di pinggirannya.
5. Yunagi no Hashi - Jepun
Jepun juga mempunyai jambatan cinta yang mengabadikan kenangan romantis para pasangan. Ini adalah sebuah jambatan istimewa bernama Yunagi no hasih yang terbentang 120 meter dan diperbuat daripada kayu.Mitosnya, bila anda dan pasangan memasang mangga di sana, maka cinta anda akan berterus selamanya hingga happy ending. Banyak orang yang mempercayai itu dan mereka memasang mangga mereka sambil menikmati indahnya matahari terbit terbesar dunia di siang hari.
6. Love In The Rhine - Cologne, Jerman
Anda akan melihat banyak sekali mangga berwarna-warni yang bertaup di jambatan kereta api Jerman ini. Memang terdapat sebuah mitos yang mengatakan bahawa bila anda mengabadikan cinta anda dengan pasangan dengan mangga di jambatan tersebut, maka anda akan merasakan indahnya cinta abadi. Wow, percaya atau tidak, terpulang kepada individu itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment