Polis dan ahli forensik di Australia dikelirukan dengan penemuan jari manusia yang terpotong. Jari tersebut ditemui oleh seorang warga Darwin, Australia, ketika sedang berjalan dengan anjing di tepi pantai.
Lelaki tersebut cukup bimbang bahawa yang ia temukan adalah jari tangan manusia. Ia mengira jari tersebut adalah bukti terjadinya pembunuhan di tepi pantai Lee Point, Darwin, Australia. Lelaki ini pun bergegas menghubungi BALAI polis .
Pegawai polis yang tiba di lokasi kejadian juga mengaku kebingungan dengan penemuan lelaki tersebut. "Pada awalnya MEREKA menduga ini adalah sebahagian dari tubuh manusia," kata Brendan Lindner, pegawai polis
Potongan jari tersebut pun dihantar untuk uji forensik, namun hasil yang diperolehi tidak begitu jelas. Sehingga dihantar lagi ke tempat lain untuk uji patologi. "Sambil menunggu hasil uji, foto yang diambil oleh polis menjadi perdebatan di kalangan polis yang bertugas, separuh mengatakan ini adalah jari manusia, separuh lagi mengatakan bukan," katanya.
Akhirnya terungkap sudah bahawa potongan jari tersebut adalah sebuah batu karang. Hal ini diungkapkan terus oleh ahli patologi. Tanaman ini adalah sejenis batu karang dan menurut kajian hanya ditemui di bumi bahagian utara.
"Tidak seorang pun di antara kami adalah pakar tanaman," ungkap Brendan. "Jadi yang akhirnya kami dapati bahawa ini adalah alcyonium digitatum, yang juga disebut sebagai jari orang mati."
Friday, 27 December 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment