Pada bulan Ogos 2013, Xiao Li dari Pingu di Zhejiang tiba-tiba pengsan kerana mengalami pendarahan teruk di otaknya. Pendarahan itu berlaku ketika ia bermain game online tanpa henti dan kurang tidur.
Mac 2014, 200 hari selepas ia dirawat di Hospital Shenzhen, seorang jururawat menyedari bahawa Xiao Li menunjukkan respon meskipun sangat minimum. Sebelum itu, lelaki ini memang sama sekali tidak boleh menggerakkkan jarinya.
Namun pada awal tahun 2015, jururawat mengambil sekeping wang 100 yuan dari poketnya untuk menarik perhatian Xiao Li. Saat itu, ada seseorang di samping Xiao Li yang memberitahunya bahawa dia boleh mengambil wang tersebut.
Secara mengejutkan, pemuda itu ternyata mampu mengangkat tangannya yang menggeletar untuk mengambil wang tersebut. Itulah pertama kalinya Xiao Li 100 peratus sedarkan diri. Meskipun menghabiskan masa kira-kira lima minit untuk meraih wang, Xiao Li berjaya mencapai kemajuan terbesar dalam masa penyembuhannya.
Doktor Liu yang merawatnya menyatakan pelbagai faktor mempengaruhi kenaikan Xiao Li. Lelaki itu memang masih muda dan menerima rawatan yang tepat untuknya.
"Walaupun (Xiao Li) terjaga, kemampuannya untuk menggerakkan tangannya masih kurang baik," kata Liu. "(Keluarganya) menggunakan lebih banyak wang untuk menarik perhatiannya untuk merangsang reaksinya."
Xiao Li akhirnya memenuhi syarat untuk meninggalkan hospital. Ibu Xiao Li sendiri kini membiarkan anaknya untuk bermain "Fruit Slice" di iPad untuk melatih motoriknya. Tetapi tentu tidak sampai Xiao Li berjaga malam lagi.
Friday, 27 December 2019
Filled Under:
menakjubkan
Koma Setahun Gara-Gara Sekeping Wang Kertas.
Posted By:
zamri spoon
on 18:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment