Merchant Square Footbridge yang berada di London, United Kingdom ini, memang sangat istimewa. Jambatan ini membuat para pelancong terpegun dengan keunikan reka bentuk dan fungsinya.
Jambatan di Paddington, London, direka secara khusus untuk dapat naik dan turun sesuai keperluan. Jambatan yang dibina oleh Knight Architects dan AKT II itu terdiri dari lima rasuk keluli yang stabil sehingga boleh naik dan turun secara berturut-turut.
Rasuk keluli pertama direka dengan ketinggian 70 darjah, sedangkan angka yang paling tinggi mencapai 2.5 meter. Apabila rangka-rangka besi tersebut mulai bergerak, maka akan mewujudkan kesan seperti kipas. Jambatan ini juga dilengkapi dengan lampu LED untuk meneranginya di malam hari.
Jambatan tersebut dianggarkan mempunyai berat kira-kira 6-7 tan. Arkitek sengaja meletakkan pengimbang sebanyak 40 tan untuk membuat naik turunnya jambatan menjadi stabil. Jambatan itu mempunyai panjang 20 meter dan lebar 3 meter.
Para pelancong dapat menikmati indahnya jambatan tersebut di Grand Union Canal di Paddington Basin. Jambatan ini terletak berhampiran Rolling Bridge milik Thomas Heatherwick di London. Seperti Rolling Bridge, setiap Jumaat jambatan itu akan naik saat kapal atau bot melalui di bawahnya.
Monday, 3 February 2020
Filled Under:
menakjubkan
Jambatan Unik Ini Dibuka dan Tutup Seperti Kipas.
Posted By:
zamri spoon
on 14:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment