Thursday, 1 November 2012

Filled Under:

10 Istana Termegah Yang Ada di Dunia


10 Istana Termegah Yang Ada di Dunia

Istana adalah tempat tinggal raja dan ratu sebuah kerajaan lengkap dengan keluarga kerajaan dan keturunannya. Istana juga merupakan tempat tinggal kepala negara atau beberapa pembesar yang mempunyai pengaruh besar di sebuah negara. Di Eropah, Istana juga merupakan tempat tinggal para Uskup Agung dan orang-orang yang mempunyai pangkat tertinggi dalam sebuah tatanan kehidupan disana.

Di banyak negara di Eropah, istilah Istana juga diberikan kepada bangunan bandar yang sangat besar dan dibina sebagai rumah-rumah persendirian bergaya aristokrat. Tulisan ini akan memberikan 10 buah istana di dunia yang boleh dikategorikan terbesar, termegah dengan gaya bangunan yang sangat unik dan sekaligus merupakan simbol peradaban disebuah negara tersebut.

1. Blenheim Palace, Oxfordshire, England

Blenheim Palace

Blenheim Palace adalah rumah tinggal bagi Duke dan Duchess of 11 Marlborough dan juga merupakan tempat kelahiran Sir Winston Churchill. Terletak di kawasan seluas 2100 ekar taman yang indah dan Istana megah ini dikelilingi oleh padang rumput yang hijau serta taman ini juga mempunyai sebuah Tasik yang besar. Jika anda sempat berkunjung ke sana maka pesona taman dan Istana ini akan menjadikan sebuah hari yang tak dapat dilupakan.

2. Buckingham Palace, London, Inggeris

Buckingham Palace

Buckingham Palace adalah kediaman rasmi Raja British di London. Terletak di Bandar Westminster, istana ini adalah tempat penting untuk acara-acara kenegaraan dan kerajaan. Istana ini telah menjadi pusat keramaian bagi orang-orang Inggeris pada acara-acara nasional.

3. Chateau de Versailles, Versailles, Perancis

Chateau de Versailles

Istana Versailles adalah kediaman rasmi raja-raja Perancis. Awalnya merupakan sebuah pondok untuk memburu, dibina pada tahun 1624, oleh Raja Louis XIII. Tempat ini kemudian diperluas oleh Louis XIV pada tahun 1669 dan digunakan pondok kecil sebagai tempat pertemuan rahsia dengan kekasihnya Louise de la Vallière. Louis XIV juga membina sebuah taman dongeng yang menawan disekitar bangunan istana. Jules Hardouin Mansart, arkitek utama kerajaan mempunyai rancangan untuk membesarkan dan menukar istana ini menjadi lebih hebat dari cerita Seribu Satu Malam.

4. Dolmabahce Palace, Istanbul, Turki

Dolmabahce Palace

Istana Dolmabahce di Istanbul, Turki, terletak di sisi Bosporus, Eropah. Merupakan pusat pentadbiran utama dari Empayar Ottoman. Istana ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Mabeyn-i Humayun (khusus untuk lelaki), Muayede Salonu ( dewan istiadat) dan Harem-i Humayun (pangsapuri dari keluarga Sultan). Istana ini mempunyai luas 45.000 persegi, dan mempunyai 285 bilik, 46 dewan, 6 tempat mandian dan 68 tandas.

5. Taj Lake Palace, Udaipur, India

Taj Lake Palace

Daerah Udaipur adalah permata dari wilayah Rajasthan, mempunyai suasana yang damai bahkan di jalan-jalan dan pasar. Lake Palace (sebelumnya dikenali sebagai Jaguar Niwas ) adalah sebuah hotel mewah, hanya mempunyai 83 bilik namun semuanya tergolong dalam suite yang mewah dengan dinding marmar putih dan bangunan ini terletak di dasar batuan alami seluas 4 hektar. Istana ini terletak di sebuah pulau peribadi di tengah Tasik Pichola. Hotel ini mengendalikan sebuah kapal yang mengangkut para tetamu ke hotel dari sebuah pelabuhan di Istana Bandar.

6. Imperial Palace, Tokyo, Jepun

Imperial Palace

Tokyo Imperial Palace adalah kediaman utama dari Maharaja Jepun. Ini adalah kawasan seperti taman besar yang terletak di Chiyoda, Tokyo yang berdekatan dengan Tokyo Station dan mengandungi pelbagai bangunan seperti istana utama dan rumah persendirian dari keluarga kerajaan. Luas total termasuk taman adalah 7.41 kilometer persegi.

7. Potala Palace, Lhasa, Tibet

Potala Palace

Istana Potala adalah istana musim sejuk Dalai Lama sejak abad ke-7, melambangkan Buddhaisme Tibet yang merupakan pusat dalam pentadbiran tradisional Tibet. Kompleks istana terdiri dari Istana Putih dan Merah dengan bangunan tambahan serta dibina di Gunung Merah di pusat Lembah Lhasa, pada ketinggian 3,700 m.

8. Schonbrunn Palace, Vienna, Austria

Schonbrunn Palace

Istana Schönbrunn adalah tempat tinggal musim panas bekas empayar di Vienna, Austria. Istana Schönbrunn dengan bangunan sekitarnya dan taman besar yang terdapat di sana adalah salah satu monumen budaya yang paling penting di Austria. Puri ini dibina untuk menyaingi Istana Versailles Perancis di daerah Baroque.

9. Summer Palace, Beijing, China

Summer Palace

Istana Musim Panas adalah taman empayar terbesar dan terbaik yang dikekalkan di China. Dalam bahasa Cina disebut YiHeYuan dan bererti "Taman Harmoni 'atau' Taman untuk Menjaga Kesihatan dan Harmoni '. Seperti namanya, Istana Musim Panas digunakan sebagai tempat tinggal musim panas oleh penguasa empayar China sebagai tempat lain dari istana empayar utama yang dikenali sebagai Muzium Istana (atau Forbidden City ) - sebuah daerah yang tenang di luar bandar namun dekat dengan bandar.

10. Winter Palace, St. Petersburg, Rusia

Winter Palace

Istana Musim Sejuk terletak di Saint Petersburg, Rusia adalah kediaman rasmi tsars Russia. Istana ini direka oleh banyak arkitek, salah satunya adalah Bartolomeo Rastrelli. Istana ini dikenali sebagai gaya Baroque Elizabeth iaitu istana dengan warna hijau dan putih yang mempunyai bentuk persegi dan melebar. Istana ini mempunyai 1.786 pintu, 1.945 jendela, 1,500 bilik dan 117 tangga. Koridor utamanya adalah sepanjang 250 m dengan tinggi 30 m.

Nah, sekarang kamu sudah mengetahui istana-istana megah tersebut, jika anda melancong ke negara tersebut jangan lupa untuk meluangkan masa melawat istana tersebut untuk mendapatkan pengalaman dan wawasan terbaru mengenai bangunan megah dan istimewa tersebut.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers