Sunday 11 November 2012

Filled Under:

cari hotel untuk selamat;; Liyana Jasmay(zamrispoon)



Seram sejuk Murai Batu dibuatnya apabila menonton perkembangan taufan Sandy di kaca TV yang telah melanda beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Jumlah kerosakan dan kematian atas malapetaka dahsyat itu nampaknya bukan saja dirasai oleh masyarakat di negara berkenaan, malahan seluruh dunia, lebih-labih lagi bila mengenangkan keadaan masyarakat Malaysia di sana.
Tapi daripada laporan berita yang Murai Batu baca di internet, nampaknya Kedutaan Besar Malaysia di Amerika Syarikat telah menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam khusus bagi memantau keadaan masyarakat Malaysia di sana. Alhamdulillah.
Murai Batu harapkan semuanya berjalan dengan baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku kepada masyarakat kita di sana. Sama-samalah kita doakan. Tetapi perkembangan baru yang Murai Batu dapat mengenai pelakon Liyana Jasmay yang berada di New York, khabarnya dia berada di dalam keadan selamat.
Malah, menerusi laman Twitter peribadinya yang ditulis pada 30 Oktober lalu (tarikh tempatan), dia sempat berkongsi bahawa kediamannya berada di dalam zon selamat bagaimanapun masih perlu berhati-hati dengan kehadiran taufan berkenaan.
Bagaimanapun selepas tarikh itu, tiada komunikasi selanjutnya yang dikirimkan Liyana Jasmay di laman Twitternya. Bagaimanapun Murai Batu faham kerana bekalan elektrik dan internet di sana terputus dalam jangkamasa yang akan lama.
Namun ketika wartawan murai.com.my cuba mendapatkan kenyataan penyanyi Ning Baizura berkenaan kunjungannya ke New York malam ini, penyanyi itu sempat berkongsi perkembangan tentang pelakon genit berkenaan.
Daripada apa yang diberitahu Murai Batu, Ning Baizura berkata, Liyana Jasmay dan ibunya berada dalam keadaan baik dan mereka tetap akan bertemu di New York pada 2 November ini. Murai Batu dikhabarkan lagi, Liyana Jasmay mengambil keputusan untuk berpindah ke hotel kerana terpaksa bergelap akibat belakan elektrik terputus.
Setakat ini, itu saja perkembangan yang Murai Batu dengar berkenaan Liyana Jasmay. Insya Allah jika ada perkembangan lain, Murai Batu akan kongsikan bersama pembaca setia murai.com.my.
Murai Batu: Taufan Sandy seindah nama Taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat tujuh tahun lalu.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers