Tuesday, 20 November 2012

Filled Under:

fuyo!! fizo omar jual burger sekarang??




MENYASARKAN untuk membuka 100 gerai burger di seluruh negara, Fizo nyata serius dalam dunia bisnes.



WALAUPUN drama bersiri Julia yang ditayangkan di TV3 pada Slot Akasia, setiap pukul 7.30 malam telah sampai ke penghujungnya, namun penamatnya yang tidak menggembirakan pengikut drama itu membuatkan ia dikatakan akan disambung kembali.
Drama yang dilakonkan oleh Fizo Omar dan Nabila Huda itu ditamatkan bukan seperti kebiasaan drama apabila hero dan heroinnya bersatu. Sebaliknya ia ditamatkan dengan heroinnya, Nabila membawa hati yang duka ke luar negara.
Bagi pelakon utama drama berkenaan, Fizo menganggap drama itu telah menaikkan namanya kembali setelah lima tahun berada dalam industri.
“Inilah drama yang pertama memberi kesan yang begitu tinggi kepada kerjaya saya sehingga saya turut menerima rakan di laman Facebook kini telah mencecah hampir 800,000 orang,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya, Hot Burger baru-baru ini.
Kata Fizo, dia turut menerima respons peminat yang mahu drama itu disambung kembali atau dibuat satu telemovie supaya dijadikan penamat kepada kisah duka watak Julia itu.
“Saya tidak tahu sama ada ia akan disambung atau tidak. Kalau ia disambung, sudah tentu saya akan memberikan komitmen 100 peratus,” ujarnya yang mula dikenali melalui drama Puteri Salju pada tahun 2008.
Kata pelakon kacukan Melayu-Thailand ini, disebabkan penamat drama itu adalah satu kejutan dan berlainan daripada drama lain yang mempunyai penamat yang menggembirakan membuatkan ada peminat yang mahu ia disambung.
Tambahnya, apabila melihat respons peminat terhadap filem itu, Fizo merasakan penggambaran drama itu yang panjang sehingga ke negara Korea adalah berbaloi.
“Kalau penerbit mahu sambung, saya juga gembira, sudah tentu saya beri kerjasama,” kata Fizo yang akan muncul dalam teater Ali Baba The Musical pada bulan depan.
Bercerita mengenai kerjayanya pula, nama Fizo sebenarnya tidak begitu naik mencanak seperti artis lelaki lain yang seangkatannya.
“Konsep saya mudah, biar perlahan saya naik tangga bukan naik lif, kalau naik lif, jika jatuh pun cepat, saya tidak kisah asalkan nama saya masih ada dalam industri, saya mahu bertapak lama,” ujarnya yang telah berkecimpung dalam perniagaan serunding setiap kali bulan Ramadan.
Selain berlakon, Fizo juga turut aktif dalam perniagaan sekarang iaitu menjual burger selain menjual serunding.
Kini menceburkan diri dalam bisnes penjualan burger, bagi Fizo ia merupakan satu langkah untuk turut membantu golongan muda menerusi Program Sahabat Belia anjurannya sendiri.
“Perniagaan ini bukan seperti jualan burger lain, sebaliknya saya memberi peluang berniaga termasuk membuka gerai percuma kepada belia termasuk latihan,” ujarnya yang baru dua bulan membuka syarikat burger itu yang dinamakan Hot Burger.
Sebaliknya, ujar Fizo, keuntungan syarikat diperolehi melalui pembekalan bahan-bahan membuat burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program itu.
Melalui dua lagi rakan kongsinya iaitu, Rizal Musa, 30, dan Asri Hamid, 34, yang sememangnya arif dalam perniagaan burger, dia turut menyasarkan akan membuka hampir 100 cawangan Hot Burger di seluruh Lembah Klang.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers