Tuesday, 20 November 2012

Filled Under:

fuyo!!Seluruh Rumah Ini Diperbuat Dari Kertas..!!!


\

Rumah biasanya diperbuat dari kayu dan konkrit, tapi tidak dengan salah satu rumah yang ada di Massachusetts, AS. Rumah unik ini menarik perhatian para traveler, lantaran hampir seluruh bahagiannya dilapisi gulungan kertas akhbar.


untuk lebih jelas klik pada gambar

Sebuah rumah unik hadir di Kota Rockport, Massachusetts, AS. Pelawat biasa menyebutnya dengan nama Rumah Kertas Rockport. Sesuai namanya, seluruh bahagian rumah ini memang sebahagian besar terbuat dari kertas, iaitu kertas akhbar. Rumah kertas pun menjelma menjadi tempat pelancongan yang ramai dikunjungi pelancong.


Piano

Memang benar, rumah kertas memang menjadi salah satu tempat pelancongan yang paling di Rockport, seperti yang ditulis laman rasmi Rumah Kertas Rockport, Senin (16/7/2012). Adalah Elis Stemnan sang pencetus idea bernas membuat rumah dari gulungan kertas pada tahun 1922.



Beranda rumah

Dari luar, anda boleh melihat ada banyak gulungan kertas yang disusun menjadi bangunan. Mungkin saat tiba, pelancong merasa ragu-ragu untuk menjejakkan kaki di atas rumah agar tidak merosakkan rumah. Tapi buang jauh-jauh fikiran takut, mantapkan kaki anda untuk menginjak lantai rumah. Tak perlu takut merosakkan interior rumah dan lihatlah keunikan rumah ini.



Bahagian dalam rumah

Mengapa? Ini kerana rumah kertas nyatanya sama seperti bangunan-bangunan lain yang diperbuat dari kayu dan konkrit. Hanya saja, seluruh permukaan rumah dilapis gulungan kertas akhbar. Lebih unik lagi, tidak hanya badan rumah yang dilapis gulungan kertas, tetapi juga seluruh aksesoris rumah. Lihat saja ke piano yang ada di dalam rumah. Alat music ini seluruhnya dibungkus dengan gulungan akhbar.Wow!

Wow! Melihat ke tempat duduk, pelancong boleh menikmati asyiknya duduk di atas kerusi yang diperbuat dari gulungan akhbar. Tak perlu takut jatuh, kerana kerusi dijamin kukuh.



Tembok rumah

Setelah semua gulungan menutupi rumah, Ellis mengecat ketas dengan warna yang diinginkan, seperti layaknya tembok biasa. Jika dikira, mungkin ada sekitar 100.000 gulungan kertas di sana.Wow!!




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers