Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
Twitter: @AjiebRosdi
KUALA LUMPUR, 21 NOV 2012: Usikan pengacara Anugerah Industri Muzik Malaysia 19 (AIM 19), Adibah Noor terhadap Nirwana Band bahawa mereka sbetul-betul sudah berjaya sehingga memiliki sebuah bangunan besar bernama Nirvana di kawasan Sungai Besi iaitu tempat pemakaman memorial untuk orang bukan Islam, langsung tidak membuatkan kumpulan muzik dari Indonesia ini terasa.
Malah, vokalisnya, Denis, 26, menganggap bahawa usikan tersebut adalah satu perhormatan buat mereka. Malah, Nirwana yang bererti Syurga atau tempat lebih tinggi sememangnya bersesuaiandengan maksud yang ingin disampaikan oleh Adibah Noor.
"Kami tiada masalah apabila disamakan dengan bangunan yang menyemadikan orang yang telah mati. Sedikit pun kami tidak terasa, malah menganggap ianya hanyalah sebagai satu gurauan semata-mata," ujar Denis pada sidang media pelancaran album sulung mereka di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, petang semalam.
Menganggap kumpulan mereka masih belum gah walaupun popular dengan lagu Sudah Cukup Sudah, pemain drum Nirwana Band, Henry, 28, menyifatkan mereka sedang berusaha untuk memperkenal diri masing-masing di mata peminat Malaysia dan Indonesia.
"Memang kami lebih popular di Malaysia berbanding di Indonesia. Namun, kami masih belum cukup besar untuk dikatakan hebat dengan hanya sebuah lagu popular. Untuk itu, kami sedang menyiapkan diri untuk memperkenalkan diri kami secara lebih dekat menerusi personaliti kami. Sungguhpun Denis adalah yang paling popular di Indonesia, namun kami tidak pernah cemburu.
"Malah, kami banyak menyokongnya dari belakang. Kami juga sudah bersiap untuk menghadapi sebarang kontoversi. Kami terjun di bidang hiburan ini bermakna kami telah bersiap untuk berperang dengan segala cabaran dalam bidang industri muzik. Baik di Malaysia mahu pun di Indonesia," jelas Henry.sumber
0 comments:
Post a Comment