Friday 30 November 2012

Filled Under:

fuyo!! Perhimpunan besar anti Mursi




KAHERAH - Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan terbunuh dan beratus yang lain cedera dihimpit lebih 200,000 orang yang berhimpun membantah keputusan dekri Presiden Mohammed Mursi di Dataran Tahrir, kelmarin.

Bantahan paling besar dalam Mesir itu menyaksikan majoriti rakyat menggesa Mursi menarik balik dekri yang diumumkan pada minggu lalu.

Menurut pegawai, seorang peserta meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan sekumpulan polis anti rusuhan.

"Mereka menggesa agar kerajaan berasaskan Islam di bawah pimpinan Mursi itu dilumpuhkan," katanya.

Sementara itu, sekumpulan besar anti Mursi di bandar Mediterranean, memecah masuk pejabat pergerakan Ikhwanul Muslimin dan memecahkan barangan serta perabot di dalam premis berkenaan.

Akhbar tempatan melaporkan, beberapa protes serupa berlaku di bandar Mahalla, utara Kaherah. - Al-Jazeera

sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers