Wednesday, 21 November 2012

Filled Under:

FUYO!!Pertuduhan gadis bakar al-Quran digugurkan

RIMSA yang dituduh murtad duduk di dalam sebuah helikopter selepas dibebaskan dari sebuah penjara di Rawalpindi pada 8 September lalu



ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan semalam menggugurkan semua pertuduhan terhadap seorang gadis beragama Kristian yang dituduh murtad dalam kes yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa, kata beberapa peguam.
Gadis tersebut, Rimsha Masih ditahan oleh polis Pakistan selama tiga minggu selepas ditangkap pada 16 Ogos lalu kerana didakwa membakar kitab al-Quran.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada September lalu dan polis memberitahu, gadis itu tidak bersalah.
Sebaliknya, seorang ulama yang membuat tuduhan tersebut terhadap dirinya perlu dihadapkan ke mahkamah.
"Mahkamah telah menutup kes ini dan mengisytiharkan Rimsha tidak bersalah," kata peguam belanya, Akmal Bhatti kepada agensi berita AFP.
Ulama berkenaan, Hafiz Mohammed Khalid Chishti menyerahkan naskhah al-Quran yang dibakar kepada polis sebagai bahan bukti telah ditahan pada 1 September lalu kerana menghina kitab suci itu dan memalsukan bukti.
Laporan perubatan rasmi sebelum ini mendapati Rimsha tidak berpendidikan dan berusia 14 tahun tetapi mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak yang mengalami penyakit Down Sindrom. - AFP 







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers