KL, 19 NOV 2012: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pasangan selebriti yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle sebabnya mereka bakal bergelar ibu bapa selepas Diana disahkan hamil.
Berita itu Murai Batu terima setelah kedua-dua mereka memuat naik foto penguji kehamilan di laman sosial Instagram masing-masing yang positif dan bermakna hamil.
Dalam Instagram Farid Kamil dia memanjatkan kesyukuran dengan mengemas kini fotonya dengan status " Alhamdulilah syukur...moga sempurna..amin,"
Manakala Diana Danielle bersyukur kerana pemberian itu merupakan hadiah hari jadinya yang bakal tiba pada 22 November ini dengan mengemas kini fotonya dengan status " The Most precious birthday present, thanks Allah SWT,"
Syukurlah pada mereka kerana dikurniakan cahaya mata yang agak cepat ya. Tak silap Murai Batu macam baru sahaja mereka bernikah iaitu kira-kira dalam 16 hari yang lalu.
Nak kata cepat, Murai Batu rasa pelakon Fasha Sandha juga mengumumkan kehamilannya dengan agak cepat iaitu selepas 10 hari diijabkabulkan.
Berita ini mungkin akan mengundang pelbagai spekulasi atau fitnah orang tetapi Murai Batu nasihatkan tak usahlah kita pertikaian kerja dan ketentuan Tuhan. Rezeki itu semuanya datang daripadaNya.
Apa-apa pun Murai Batu serta warga murai.com.my mengucapkan tahniah kepada mereka, semoga Diana Danielle dan kandungan sihat sehingga hari kelahiran bayi itu nanti.
Nampaknya Diana bunting pelamin lah pada hari persandingan mereka yang akan diadakan pada 30 November ini dan 12 Disember depan.sumber
0 comments:
Post a Comment