Wednesday, 14 November 2012

Filled Under:

gerhana matahari di australia (date 14/11/2012) video


Tahun ini Bumi mengalami fenomena langka gerhana matahari total, sayangnya hanya Australia yang boleh melihatnya. Beratus-ratus orang terdiri dari warga biasa, pelancong hingga ahli astronomi berkumpul di Australia bahagian Utara untuk menonton apabila bulan menutupi matahari. Fenomena ini juga disiarkan secara langsung melalui live streaming.

Proses gerhana mulai dari pukul 05.45 dan berakhir 06.38 waktu setempat dengan puncak gelap total terjadi dalam masa 2 minit. Bayangan gelap bulan yang disebut umbra jatuh di kawasan Taman Nasional Garig Gunak Barlu di kawasan 250 km sebelah timur Darwin. Umbra ini bergerak ke arah timur sebelum akhirnya mencapai wilayah utara Queensland, tempat orang-orang berkumpul.

Awalnya warga cukup bimbang tidak dapat melihat langsung kerana awan-awan yang sempat memenuhi langit. Mujurlah ketika proses gerhana berlaku mereka dapat menyaksikan dengan jelas melalui mata kasar mahupun kamera. Para penonton pun terpukau dan merasakan suasana yang berbeza apabila keadaan gelap total.

Para saintis juga merakamkan respon binatang laut di Great Barrier Reef untuk melihat kesan daripada gerhana matahari total ini. Para warga yang menyaksikan mengaku suasana hening saat gelap total. "Serangga dan burung-burung mendadak diam," kata seorang pelancong, Geoff Scott.

Gerhana matahari total boleh berlaku setiap 1 atau 2 tahun sekali namun tidak semua kawasan boleh menyaksikan secara langsung. Gerhana terakhir berlaku pada 11 Julai 2010 di sebahagian wilayah Samudera Pasifik. Untuk selanjutnya dijangka berlaku 20 Mac 2015 yang boleh disaksikan di wilayah Iceland dan Norway.sumber

Inilah video saat puncak gerhana matahari total:






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers