Pada dasarnya, semua makanan adalah halal kecuali yang diharamkan menurut Al Quran dan Hadis iaitu:
1. Babi
Babi (termasuk binatang yang dari baka campuran dengan babi) diharamkan secara keseluruhannya iaitu termasuk daging, lemak, urat, tulang dan lain-lain. Ia boleh difahami dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.” (Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)
2. Bangkai
Bangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih menurut ketentuan agama atau dengan berburu. (Rujukan: Halal dan Haram Dalam Islam, mukasurat 135) Namun, terdapat bangkai yang halal dimakan seperti:

- Bangkai binatang laut dan akuatik seperti ikan, udang, dan sebagainya
- Bangkai belalang
- Bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti lebah, semut dan lain-lain
- Tulang, gigi, rambut, tanduk, kuku, kulit dan bulu dari bangkai binatang selain anjing dan babi
Terdapat berbagai kategori bangkai (Rujukan: Halal dan Haram Dalam Islam, mukasurat 139) seperti :
- Al Munkhoniqoh : binatang yang mati kerana dicekik atau tercekik
- Al-Mauquudzah : binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya
- Al Mutaroddiyyah : binatang yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi
- An Nathihah : binatang yang mati kerana tertindih atau dihentam oleh binatang lain
- Ma Akalas Sabu’u : binatang yang diserang oleh binatang buas dan dimakan sebahagian dagingnya sehingga ia mati.
- sumber
0 comments:
Post a Comment