Thursday, 15 November 2012
Filled Under:
pelik!! lubuk emas di jelebu,,,
Posted By:
zamri spoon
on 20:38
JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.
Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.
Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.
Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.
“Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.
“Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan ‘Kim Loong’ atau naga emas dalam dialek Hakka,” katanya ketika ditemui, semalam.
Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.
“Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis,” katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment