Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut sejauh saujana mata memandang. Namun di Sepanyol terdapat pantai yang sangat unik kerana ia adalah pantai tanpa laut.
Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach iaitu sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Pantai ini terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara kawasan pantai dan lautnya telah dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda akan dapat merasai hempasan ombak memukul pantai seperti kebiasaan dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut menuju ke Pantai Gulpiyuri .sumber
Lihat tontonan rakaman video The Gulpiyuri Beach pada pautan di bawah:
0 comments:
Post a Comment