Sunday 11 November 2012

Filled Under:

sakit tekak & demam bukan penghalang bg DATUK SITI..(zamrispoon)


BUKIT GAMBANG, 10 NOV 2012: Sungguhpun mengalami sakit tekak dan demam, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Dato' Siti Nurhaliza Taruddin untuk mempamerkan persembahan mantap di konsert Siti Nurhaliza Live In Kuantan 2012, di sini, malam tadi.
Malah, konsert yang diadakan di Bukit Gambang City Resort bermula jam 9 malam itu dimeriahkan lagi dengan lawak jenakanya dengan mengusik peminatnya di atas pentas secara spontan.
"Syukur Alhamdulillah, impian Siti untuk mengadakan konsert solo di negeri kelahiran sendiri sudah pun tercapai. Masa Siti mula sampai di Kuantan, Siti sudah pun diserang demam.
"Selepas itu, Siti mengambil ubat dan Alhamdulillah okay. Tetapi, selepas Siti menyanyikan lagu kedua tadi, tiba-tiba suara Siti sudah kedengaran agak serak sedikit. Selepas habis nyanyi lagu terakhir, suara Siti terus serak dan sakit.
"Namun, ia tidak menghalang Siti untuk menyanyi dan syukur peminat terhibura walaupun agak sukar Siti mahu menyanyikan lagu dalam keadaan sakit," katanya kepada murai.com.my.
Menerusi konsertnya itu, Siti telah mendendangkan 22 buah lagu popularnya tidak termasuk lagu medley nyanyian Alleycats. Lebih istimewa, Siti telah mendendangkan sebuah lagu baru berjudul Galau yang pertama kali dinyanyikan secara live di hadapan penonton.
"Konsep konsert pada malam ini lebih kepada santai. Pemilihan lagu dibuat oleh Siti sendiri dan dibantu oleh pengurus iaitu Kak Rozie. Lagu Galau merupakan lagu baru. Lagu ini sudah pun Siti rakam sebelum ini. Namun, malam ini sangat istimewa kerana ianya pertama kali didendangkan kepada peminat.
"Lagu ini dicipta pleh kompser dari Indonesia. Lagu ini bakal dijadikan sebagai single terbaru Siti.Ia bukanlah lagu yang akan dimuatkan dalam album Indonesia. Sebaliknya ia adalah lagu dalam projek istimewa dengan Universal," ujar.
Konsert pada malam itu turut diserikan dengan persembahan Beat Box dari Kou Jee dengan dihadiri lebih 5,000 peminat Siti daripada Malaysia, Indonesia dan Singapore. Turut hadir adalah Sultan Pahang, K.D.Y.M.M. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah.SUMBER




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers