Friday, 16 November 2012

Filled Under:

SULTAN AHMAD SHAH dukacita ....

SULTAN AHMAD SHAH 


KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama termasuk orang Melayu baru-baru ini.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutamanya umat Islam.
"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang, saya berasa sedih dan dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat pasal agama ini.
"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini semalam.
Baginda bertitah, sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bestari sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.
Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah, Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata, rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa? di Subang Jaya pada 3 November lalu.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers