Thursday, 15 November 2012

Filled Under:

t.team mahu pikat bekas pemain Aston Villa,( George Boateng)

George Boateng

Kuala Terengganu: Bakal ketua jurulatih dan pengurus T-Team, Peter Butler (kiri) teruja dengan ketrampilan bekas pemain kelab Inggeris Aston Villa, George Boateng yang sedang cuba diikat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT) itu.

Walaupun sudah berusia 37 tahun, bekas pemain antarabangsa Belanda yang memulakan kerjaya dengan kelab Feyenoord di Rotterdam dapat memikat hati Butler ketika jurulatih berbangsa Inggeris itu pulang ke negara kelahirannya akhir bulan lalu.

Jurulatih berusia 46 tahun itu yang sudah dilepaskan dengan baik oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin berkata, fizikal dan kecergasan pemain kelahiran Ghana yang pernah beraksi bersama Coventry dan Middlesborough masih di tahap terbaik.


"Boateng bermain dengan kelab Nottingham Forest dalam Liga Kejuaraan Inggeris pada musim lalu dan liga hebat itu memerlukan pemain yang mempunyai fizikal serta kecergasan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, kata Butler.

Selain Boateng, Butler berkata, seorang lagi pemain yang pernah beraksi dalam Liga Inggeris, Luis Boa Morte, juga berminat beraksi bersama T-Team.

"Boa Morte yang pernah bermain dengan kelab Arsenal, Fulham dan West Ham United beberapa tahun lalu bukan nama asing lagi buat peminat bola sepak di negara ini kerana Liga Inggeris amat popular di sini.


"Bekas penyerang antarabangsa Portugal ini sekarang bermain dengan kelab Chesterfield, namun boleh meninggalkan pasukan League Two di England itu Disember ini," katanya.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers