Wednesday, 12 December 2012

Filled Under:

adoyai!!! Chef Wan Terkilan Tak Dapat Lihat Pengebumian Ayahnya


Chef Wan Terkilan Tak Dapat Lihat Pengebumian Ayahnya
KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Chef selebriti terkenal negara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan rasa terkilan apabila tidak dapat melihat pengkebumian ayahnya Ismail Md Nor, 79 di Raub, Pahang semalam.
Bercakap kepada portal murai.com.my menerusi sistem pesanan WhatsApp sebentar tadi, Chef Wan berkata, dia bukannya sengaja tidak mahu menghadiri pengebumian berkenaan tetapi malangnya dia kini sedang berada di Sulawesi, Indonesia bagi menjayakan penggambaran program masakan terbarunya di Astro Prima bertajuk ChefWan.
"Ayah saya ada penyakit diabetes dan stroke kecil. Sebelum ini, dia pernah dimasukkan di hospital selama seminggu . Apabila saya pulang dari Palestin dan Jordan untuk tujuan amal di sana, saya sempat menjenguknya dan dia sudahpun dikeluarkan dari hospital minggu lalu.
"Saya sempat membawa dua cucu saya bertemunya di Raub dan saya telah memujuknya untuk tinggal bersama saya. Dengan cara itu, saya boleh menjaganya dengan dibantu jururawat. Tetapi dia enggan kerana tidak mahu menyusahkan saya.
"Jadi bila saya tiba di lapangan terbang di Sulawesi semalam, saya terima panggilan telefon yang mengatakan ayah saya telah meninggal dunia ketika saya berada di atas pesawat," katanya dengan rasa sedih.
Menurut Chef Wan, Allahyarham Ismail Md Nor telah disemadikan jam 10 pagi semalam dan sebagai anak lelaki sulung pastinya di terasa amat terkilan dan patah hati kerana tidak dapat bersama untuk memberikan penghormatan terakhir buat bapanya itu.
Bagaimanapun Chef Wan redha dan pasrah dengan ketentuan Tuhan yang mungkin telah ditakdirkan untuk tidak dipertemukan dengan ayah kesayannya itu.
"Hancur hati saya. Tapi semua itu telah ditentukan oleh Allah untuk kami tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya.Tetapi sebagai anak, saya sering menjalankan tanggungjawab bukan saja kepadanya tetapi juga kepada ahli keluarga yang lain. Malah dia pernah bercakap kepada saya bahawa dia sangat bangga dengan pencapaian saya dan sikap tanggungjawab saya kepada ahli keluarga.
"Ayah pernah juga berkata kepada saya yang saya telah menjadi inspirasi kepada ramai generasi muda di luar sana. Katanya tak ramai insan di luar sana yang faham akan tanggungjawab terhadap orang tua sepertimana yang saya lakukan, kerana erti pengobanan sebenarnya adalah dengan menyerahkan jiwa dan raga serta bersifat timbang rasa.
"Jadi bila mengenang semula kata-katanya itu, ia menjadikan saya sangat kuat dan tidak terasa terlalu kesal dengan pemergiannya kerana saya telah melakukan yang terbaik dalam hidup saya," katanya penuh bermakna.
Jelas Chef Wan, sukar untuknya melupakan setiap kata-kata ayahnya yang sentiasa menjadi inspirasi untuk dia berada pada tahap hari ini.
Apa yang penting ialah dengan menghadiahkan arwah ayahnya itu dengan bacaan Al-Fatihah dan berharap agar Allahyarham bersemadi dengan tenang serta ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al-Fatihah dan ucapan takziah diucapkan buat Chef Wan sekeluarga dari semua warga kerja portal Murai serta seluruh pembaca murai.com.my.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers