Wednesday, 12 December 2012

Filled Under:

fuyo!!! 10 bayi lahir pada tarikh 12.12.12 di Alor Setar

gambar hiasan

ALOR SETAR, (BERNAMA) -- Seorang bayi lelaki yang dilahir di dalam kereta adalah antara 10 orang bayi yang lahir dan ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini sempena tarikh 12.12.12. 
Bayi seberat 3.7 kg ini dilahir kira-kira 4.55 pagi tadi dengan disambut oleh ibu saudaranya yang turut sarat mengandung sembilan bulan, sebelum bayi ini ditempatkan di hospital berkenaan. 
Ibunya, Siti Hajar Ibrahim, 28, berkata beliau dijangka melahirkan anak pada pada 23 Dis ini. 
"Walaupun tidak sempat melahirkan di hospital, saya bersyukur kerana bayi saya lahir dengan selamat. Bayi saya masih ditempatkan di bilik khas bagi menerima rawatan dan kalau semuanya baik, mungkin kami akan keluar hospital petang ini," katanya. 
Siti Hajar berkata beliau mula merasa sakit ketika tengah malam tadi dan meminta bantuan kakak serta abang iparnya untuk menghantarnya ke hospital kira-kira pukul 3 pagi. 
"Saya tak sangka bayi saya akan lahir cepat, kira-kira 100 meter lagi nak sampai hospital. Memang saya tak akan lupa tarikh hari ini sebab ia membawa 1,001 makna kepada saya dan keluarga dan diharap bayi saya sentiasa dalam keadaan sihat," katanya. 
Seorang ibu muda, Nor Murni Nadia Mohd Noor, 19, turut tidak menyangka anak keduanya akan lahir pada hari ini. 
Beliau berkata bayi perempuan yang dilahirkannya merupakan bayi pertama yang dilahir di HSB kira-kira 12.01 pagi. 
"Kalau ikutkan tarikh yang diberikan doktor, saya dijangka bersalin esok. Syukur sangat kerana semuanya berjalan lancar dan saya harap anak saya menjadi anak yang solehah," katanya. 
Sementara itu Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata 10 bayi tersebut dilahir sehingga tengah hari tadi mulai pukul 12.01 pagi.
"Bayi yang dilahir adalah lima lelaki dan lima perempuan. Sembilan daripadanya dilahirkan secara normal dan seorang dilahirkan secara pembedahan," katanya.  
Sementara itu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, seramai 18 bayi dilahirkan, iaitu 14 perempuan dan empat lelaki antara tengah malam hingga pukul 3 petang tadi. 
Pasangan suami isteri dari Kuala Ketil, Baling, Mohd Shukri Talib, 26, dan Suzana Che Ad, 31, merasa bersyukur kerana bayi perempuan mereka seberat 3.01 kg dilahir pada tarikh yang dianggap istimewa pada kira-kira 2.43 pagi. 
"Memandangkan anak sulung saya adalah lelaki, kelahiran anak kedua ini memang membuatkan saya berasa teruja. Cuma saya tidak menyangka bayi ini akan dilahirkan pada tarikh istimewa yang mudah diingat," katanya. 
Pengarah HSAH, Dr Idris Ahmad berkata antara bayi yang dilahir di hospital itu merupakan anak kepada warganegara China.sumber








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers