Pemiliknya, Kirsten Alexander tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah suatu hari dia melihat kucing itu pulang melalui pintu khas yang dibinanya dengan satu set kunci tersangkut pada lehernya.
Dia juga sedar Milo telah melakukan 'jenayah' tersebut setelah menemukan beberapa koleksi kunci lain di sekitar rumahnya.
Alexander, 27, memakaikan tali yang mempunyai magnet pada leher haiwan itu supaya Milo boleh membuka pintu khas kucing tersebut secara automatik.
Pintu khas tersebut dibina bagi menghalang kucing lain daripada menyelinap ke dalam kediaman itu dan makan makanan yang disediakan untuk Milo.
Tanpa pengetahuan Alexander, Milo melakukan 'perkara' tersebut di kediaman jiran-jirannya, menyebabkan beberapa barang milik mereka tersangkut pada lehernya terutamanya set-set kunci berkenaan.
Pada mulanya, penduduk di Stoke Newington, timur laut London menyangka mereka tersalah meletak kunci mereka, namun lama-kelamaan mula curiga selepas kejadian itu berulang.
Selepas menyedari bahawa 'pencuri kunci' yang sebenar adalah Milo, Alexander melakukan 'operasi mencari' dan akhirnya menemui 12 set kunci di taman yang terletak belakang rumahnya, lapan set kunci di dalam rumah dan enam set lagi di laman rumah jirannya.
Dia turut menemui beberapa barangan besi di sekitar kediamannya termasuk paku, pin, skru dan selak.
"Saya memang tidak tahu Milo menyelinap ke rumah jiran dan secara tidak sengaja mengambil kunci-kunci mereka. Saya sudah memulangkan kunci tersebut, nasib baik jiran tidak marah dan menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang melucukan," katanya. - AGENSI
0 comments:
Post a Comment