Monday 10 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Adik Manja Lambat Tayang Bukan Kerana Bajet Tak Cukup


Adik Manja Lambat Tayang Bukan Kerana Bajet Tak Cukup
KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2012: Pelakon dan pengarah, Dharma Harun Al - Rashid menafikan tidak mempunyai cukup bajet, sehingga menyebabkan filem sekuel Adik Manja iaitu Adik Manja The Returns ditangguhkan tayangannya sehingga 3 tahun lamanya.
Sebaliknya, Dharma Harun Al- Rashid atau Dharma memberitahu masa yang lama itu diambil untuk menunggu kelulusan permohonan dana industri kreatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal 2010.
"Diikutkan, bajet saya sudah mencukupi tetapi saya mengambil peluang yang diberikan untuk memohon dana industri kreatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal 2010.
"Saya adalah antara pemohon terawal untuk dana tersebut apabila ianya diperkenalkan dan biasalah sesuatu benda yang baru itu mengambil masa sedikit.
"Jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu dan mahu menggunakan dana itu untuk perbelanjaan promosi dan proses post-production," jelasnya.
Tambah Dharma lagi, kelewatan itu juga disebabkan dia mahukan Disember sebagai tarikh tayangan untuk filemnya, memandangkan waktu itu merupakan bulan cuti sekolah.
"Sebenarnya saya sudah cuba untuk tayangkan filem ini pada tahun 2011 tetapi pada tahun itu, filem untuk ditayangkan Disember sudah penuh.
"Jadi pada tahun 2012, saya sekali lagi cuba memohon awal dan berjaya mendapatkan bulan Disember sebagai tarikh tayangan filem ini.
"Bukan apa, filem saya berkisarkan mengenai remaja kolej dan sesuai untuk tontonan pelajar tonton di waktu cuti sekolah," tambahnya lagi.
Bercerita mengenai filem arahannya itu, Dharma memberitahu filemnya itu adalah kesinambungan filem asalnya di mana masih mengisahkan tentang kolej yang sama tetapi selepas 29 tahun kemudian.
"Dalam filem ini, pelakon yang masih kekal adalah saya sendiri.
"Saya masih membawakan watak saya sendiri iaitu Cikgu Azmi . Cuma saya membawakan watak Cikgu Azmi pada kehidupannya selepas 29 tahun.
"Pelakon lain semua adalah watak baru dan pelakon baru yang kini amat berbakat.
"Cuma cabaran saya adalah untuk memastikan golongan muda yang tidak pernah menonton Adik Manja masih boleh seronok menonton sekual filem itu," jelasnya.
Selain Dharma, pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Faezah Elai, Rozita Che Wan, Jihan Raja Lawak, Juliana Evans Ezlyn, Rafida Ibrahim, Usop Wilcha, Maria Tengku Sabri dan Adeline Tsen.
Secara ringkas, Adik Manja The Returns mengisahkan mengenai kenakalan para pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia (Rozita) terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej tersebut iaitu Cikgu Azmi (Dharma).
Banyak cabaran yang terpaksa Cikgu Azmi hadapi bagi memulihkan para pelajar di situ terutama sekali dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib (Faezah) dan kumpulan Su (Juliana).
Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian Shuffle dan Hip-Hop.
Bagaimana Cikgu Azmi menggunakan formulanya bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan itu?
Saksikan di pawagam bermula 20 Disember ini.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers